Nak kurus tapi tak boleh tinggal nasi? Ganti je dengan konjac! Dr ini kongsi kelebihannya

No Image Caption
A
A
A

MASUK tahun baharu, ada yang mulakan dengan azam baru nak turunkan berat badan. Pelbagai perancangan telah dibuat dari bahagian menu makanan hingga ke senaman, cuma tinggal diri mampu atau tidak untuk melaksanakannya.

Terutamanya orang Malaysia sememangnya peminat setia nasi, itu yang paling susah untuk orang nak kurang atau tinggalkan. Bagi mereka yang tidak boleh tinggal karbohidrat ini, boleh mencuba untuk mengganti nasi kepada konjac.

Dr Zubaidi Hj Ahmad dalam perkongsian beliau di laman Facebook mengatakan konjac ini sebagai alternatif rendah kalori untuk pelbagai makanan, termasuk nasi. Ia dihasilkan daripada akar tanaman konjac (Amorphophallus konjac), yang mengandungi serat larut yang dikenali sebagai glucomannan.

Bagi mereka yang belum tahu, antara kelebihan konjac rice ini termasuklah:

1. Kalori Rendah: Konjac rice hampir tidak mengandungi kalori (sekitar 5-10 kalori per 100g), menjadikannya pilihan terbaik untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan atau mengawal pengambilan kalori.

2. Tinggi Serat: Kandungan glucomannan membantu memberikan rasa kenyang lebih lama, yang dapat mengurangkan keinginan untuk makan lebih banyak.

3. Rendah Karbohidrat: Sesuai untuk mereka yang menjalani diet rendah karbohidrat atau pesakit diabetes yang ingin mengawal gula darah.

4. Bebas Gluten: Pilihan yang selamat untuk individu dengan intoleransi gluten atau penyakit celiac.

5. Mudah Disediakan: Biasanya konjac rice dijual dalam bentuk yang sedia untuk dimasak. Hanya perlu bilas dan panaskan.

No Image Caption

Namun begitu, selain memiliki banyak kebaikan, terdapat juga keburukan konjac rice ini iaitu dari segi:

1. Rasa dan tekstur: Tidak seperti nasi putih biasa, tekstur konjac rice lebih kenyal dan lembut. Rasanya juga hampir tawar yang mungkin memerlukan masa untuk membiasakan diri.

2. Kandungan nutrisi: Walaupun rendah kalori, ia tidak mengandungi banyak nutrisi seperti protein, vitamin, atau mineral. Oleh itu, ia harus dimakan bersama makanan lain yang seimbang.

3. Kesan sampingan: Kandungan serat glucomannan yang tinggi boleh menyebabkan kembung perut, gas atau masalah pencernaan jika dimakan secara berlebihan, terutama bagi mereka yang tidak biasa dengan serat tinggi.

No Image Caption

Jadi, bagi mereka yang boleh 'pergi' dengan rasa konjac rice ini boleh lah amalkan pengambilannya kerana ia merupakan pilihan yang baik untuk menggantikan nasi putih, terutamanya bagi mereka yang sedang berdiet atau cuba mengurangkan berat badan.

Selain itu, pesakit diabetes yang ingin mengekalkan paras gula darah stabil dan individu yang sukar mengawal jumlah pengambilan nasi biasa kerana rasa "tidak cukup".

Namun, ia tidak harus menjadi satu-satunya sumber makanan. Pastikan hidangan anda tetap seimbang dengan protein, sayur-sayuran, dan lemak sihat.

Konjac rice cuma alternatif yang sihat untuk mereka yang ingin mengurangkan kalori tanpa perlu mengorbankan kebiasaan makan nasi. Walaupun begitu, keseimbangan nutrisi dalam setiap hidangan masih perlu diutamakan.

Jadi, lepas ini masing-masing boleh la pakai baju kebaya raya nanti, kan!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang