Peniaga makanan perlu pakai sarung tangan atau tidak? Dr ini beri jawapan padat!

No Image Caption
A
A
A

BAZAR Ramadan memang jadi tumpuan setiap kali bulan puasa. Selepas seharian berpuasa, kita pastinya teruja memilih juadah berbuka.

Namun, di sebalik keenakan makanan, aspek kebersihan juga perlu diambil kira. Salah satu soalan yang sering timbul, perlu ke peniaga pakai sarung tangan?

Menurut pegawai perubatan, Dr Kamarul Ariffin, penggunaan sarung tangan bukanlah ukuran mutlak kebersihan. Paling lebih penting adalah cara peniaga mengendalikan makanan dari awal hingga akhir.

"Kalau dia tak pakai sarung tangan, belum tentu kotor. Kalau dia pakai sarung tangan, belum tentu bersih.

"Jika peniaga tak pakai sarung tangan, kita kena lihat adakah dia cuci tangan dengan sempurna, sebelum menyentuh makanan.

"Ramai anggap kalau peniaga tak pakai sarung tangan, maka makanannya kotor. Sebaliknya, kalau pakai sarung tangan, mesti bersih. Tapi hakikatnya, ia tak semudah itu.

"Tangan bukan sesuatu yang kotor. Cuma kita kadang-kadang sentuh permukaan yang tak bersih, jadi kekotoran tu berpindah ke tangan," tulis beliau dalam satu perkongsian di Facebook miliknya.

Kekotoran yang dimaksudkan adalah kuman (bakteria, virus, kulat) berbahaya, debu, racun, najis dan sebagainya.

No Image Caption



Umum sedia maklum, di tempat seperti bazar, bekalan air bersih terhad untuk mencuci tangan menggunakan air dan sabun atau pembasmi kuman.

Oleh sebab itu, peniaga mengambil alternatif untuk memakai sarung tangan agar tidak menyentuh makanan dengan tangan yang dah dicemari.

Namun, ramai peniaga terlupa atau tidak sedar bahawa permukaan sarung tangan juga boleh dicemari kekotoran.

"Mereka sentuh sana sini, guna sarung tangan itu, kemudian sentuh semula makanan. Maka terbatal tujuan sebenar pakai sarung tangan.

"Jika pakai sarung tangan, kena selalu tukar. Asalkan tersentuh permukaan yang tak bersih, kena tukar baru. Sarung tangan tersentuh duit, kena buang dan tukar baru. Tersentuh kalkulator, kena buang dan tukar baru.

"Tak bolehlah pakai sarung tangan sama dari mula buka kedai, sampailah tutup kedai. Sedangkan kita sentuh sana-sini," tambah beliau.

No Image Caption



Terdapat cara terbaik untuk pastikan makanan selamat dimakan atas saranan Dr Kamarul, antaranya :

1. Susun tempat meniaga dengan sistematik

Bahagikan kawasan kepada dua bahagian:

Seksyen bersih – untuk penyediaan makanan.

Seksyen kotor – untuk urusan lain seperti pegang duit, peralatan, dan sebagainya.

Jika peniaga tersentuh bahagian "kotor", dia perlu cuci tangan atau tukar sarung tangan sebelum sentuh makanan.

No Image Caption



2. Guna peralatan yang sesuai

Jika tak mahu selalu tukar sarung tangan, boleh guna penyepit atau sudu untuk pegang makanan.

Pastikan bahagian yang sentuh makanan tidak terkena permukaan kotor.

.

3. Tugaskan pekerja mengikut tugas

Seorang kendalikan makanan (di seksyen bersih).

Seorang lagi uruskan duit, pesanan pelanggan, dan lain-lain (di seksyen kotor).

Jangan silang tugas supaya kebersihan makanan lebih terjaga.

Kesimpulannya, kalau peniaga tak pakai sarung tangan dan dia tidak cuci atau bersihkan tangan sebelum sentuh makanan, maka makanan akan tercemar.

Kalau peniaga pakai sarung tangan dan dia tak tukar sarung tangan sebelum sentuh makanan, maka makanan akan tercemar.



Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang