Grab item eksklusif edisi khas kolaboratif jenama terkenal, harga istimewa kena chup cepat
EDISI item eksklusif yang dikeluarkan khas sempena kolaboratif jenama tertentu memang jarang-jarang ditawarkan kepada kaki shopping.
Apatah lagi, ia membabitkan label terkemuka seperti DC Comics, Star Wars, Transformers, Marvel dan banyak lagi.
Sekali dijual, unit yang ditawarkan memang terhad. Ibarat siapa cepat, dia dapat demi menonjolkan betapa rare keluaran tersebut.
Tomaz, misalnya menawarkan jam tangan istimewa buat wanita berjiwa funky yang bertemakan DC Harley Quinn pada harga RM777 berbanding harga asal, RM1,899.
Selain dikuasakan dengan Japan Seiko VD53, ia diperbuat daripada keluli tahan karat, bezel dan kristal zirkon.
Lagi best, ia kalis air dengan kaca jenis sapphire, bar spring tradisional, lengkap dengan strap getah dan kulit sepanjang 20 milimeter (mm).
Bukan itu jer, Tomaz X DC Wonder Woman memang cun habis. Mana tidaknya, desain edisi khas untuk wanita moden digandingkan dengan watak filem kegemaran.
#jommakan #makanmakansinarplus #chickenchopmurah #westernfood #sinarplus #lifestylesinarharian #fyp #fypシ゚viral #fypシ" />
Satu lagi, DC Harley Quinn dengan kemasan kristal putih juga menarik untuk dipertimbangkan kerana harganya hanya RM588 berbanding RM1,099 selepas diskaun.
Direka khas untuk kaum Hawa yang mahukan gaya mewah, stailo dan praktikal dengan jam tangan yang dikuasakan Swiss Ronda 785.
Saiz 31mm dengan kaca sapphire dan coating antipantulan, keluli tahan karat, kristal zirkon dan kalis air.
Sementara itu, Uniqlo pula menawarkan keluaran terbaharu, Mofusand yang berkolaboratif dengan Teddy Meow untuk helaian t-shirt yang comel.
Mofusand UT dengan tiga pilihan warna iaitu biru navy, pink dan off white itu ditawarkan pada saiz XS hingga 2XL.
Material kain jenis 100 peratus kapas, manakala harga masing-masing RM59.90.
Last sekali, Puma yang menjanjikan kelainan desain terkini sempena sambutan bulan seram, Halloween.
Rekaan terbaharu LaMelo Ball Halloween edisi terhad terbaharu itu menampilkan grafik jack-o-latern dengan rona jingga berani dan glow in the dark.
Demi menampilkan desain terbaik, ia dilengkapi teknologi Nitrofoam dan PumaGrip untuk menyokong kestabilan serta keselesaan si pemakai sepanjang masa.
Tawaran harga RM699 untuk seleksi saiz 6 hingga 12.
Jadi, apa tunggu lagi? Cepat ushaTomaz, Uniqlo dan Puma untuk grab item idaman segera. Okey, selamat bershopping.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang