Kasut kasual harian dengan ciri terbaharu, direka khas untuk keselesaan si pemakai
HOKA memberikan pengalaman baharu dengan pelancaran Bondi 9 sebagai model terkini dalam siri kasut larian paling ikonik jenama itu.
Bondi 9 sesuai untuk pelari jarak jauh, mereka yang memerlukan sokongan tambahan, atau sesiapa sahaja yang mencari keselesaan luar biasa dalam kasut harian.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rev Edition, Pornsak Chinawongwatana, pengenalan lima variasi warna utama dalam siri Bondi terbaharu direka untuk melengkapi gaya harian dan tidak hanya terhad kepada pelari tegar.
"Bondi 9 menyasarkan dua segmen pelanggan. Seperti yang dapat dilihat daripada pilihan warna kami, terdapat rekaan sporty untuk pelanggan yang fokus pada larian, manakala warna triple white dan triple black lebih sesuai untuk gaya hidup kasual,” jelasnya.
Antara kelebihan utama Bondi 9 adalah:
Supercritical EVA Foam MidsoleDilengkapi dengan bahan supercritical EVA foam yang lebih ringan namun memberikan pengalaman kusyen pada tahap maksimum.
Dipertingkatkan kepada 5% lebih tebal berbanding versi sebelumnya, namun berat keseluruhannya berkurang hampir 10%.
Rekaan Upper Engineer MeshBahagian atas kasut direka dengan mesh yang lebih bernafas, memastikan keselesaan sepanjang hari, sama ada untuk larian atau kegunaan harian.
3D Molded CollarMembantu memberikan keselesaan tambahan dan meningkatkan kestabilan semasa bergerak.
Tapak luar getah yang tahan lasak memberikan cengkaman yang hebat pada pelbagai permukaan.
Menjadikan rekaan lebih ramping.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang