Kolaboratif Kinohimitsu & Watsons Malaysia perangi diabetes
KINOHIMITSU, peneraju dalam suplemen bionutraseutikal dan kosmetikal, bekerjasama dengan Watsons Malaysia untuk melancarkan inisiatif yang memfokuskan kepada penjagaan diabetes semasa Bulan Kesedaran Diabetes pada bulan November.
Pelancaran rasmi, yang diadakan pada 15 November lalu di The Exchange 106 TRX, bertujuan untuk menaikkan kesedaran dan menangani peningkatan masalah Diabetes di Malaysia, serta menawarkan sokongan praktikal melalui ujian saringan glukosa darah percuma.
Turut hadir dalam majlis itu, Ketua pegawai operasi Kino Biotech Malaysia, Jennifer Chin dan Pengarah Dagangan Watsons Malaysia, Foo Hwei Jiek.
Pada masa sama, Kinohimitsu turut memperkenal produk terbaharunya, WellSure SugaBalance (Formula Pesakit Diabetes). Ia merupakan formula pemakanan lengkap berasaskan tumbuhan yang direka untuk menyokong pengurusan pemakanan bagi individu yang menghidap diabetes dan membantu mengawal lonjakan glukosa darah.
Penggantian makanan yang lengkap dan seimbang itu mengandungi 28 vitamin dan mineral penting, bersama-sama dengan campuran proprietari empat sumber protein berasaskan tumbuhan dan empat campuran lemak berasaskan tumbuhan yang kaya dengan Omega-3, 6, dan 9.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang