Safi cipta sejarah! 72 jam maraton pickleball tanpa henti, pecah rekod Malaysia Book of Records
SAFI Malaysia melakar sejarah tersendiri apabila menganjurkan Safi 72-Hour Sweat Challenge.
Maraton pickleball tanpa henti dan terlama di Malaysia yang berlangsung di Pickle Nation, Glenmarie, Selangor baru-baru ini berjaya mencatat rekod baharu dalam Malaysia Book of Records.
Acara luar biasa tersebut membuktikan kesungguhan jenama penjagaan diri halal nombor satu dalam menyokong gaya hidup aktif khususnya dalam kalangan wanita muda berhijab.

Menurut Pakar Jenama & Tinjauan Safi, Kazlina Mohd Kassim, Safi hadir bukan sekadar produk, tetapi sebagai peneman detik budaya dan rakan setia dalam mencungkil potensi diri wanita.
“Dengan memberi anda keperluan untuk terus ke depan, kami mahu wanita berhijab muda terus aktif, mengejar minat dan menikmati hidup tanpa rasa ragu.
“Setiap sorakan dan kejayaan di gelanggang pickleball membina keyakinan dan memecahkan batasan untuk wanita berhijab di seluruh negara.

“Kami teruja kerana dapat mencabar had dengan maraton 72 jam yang epik ini!” katanya.
Seramai 460 peserta menyertai acara ini sepanjang 72 jam, termasuk duta jenama tersebut, Qasrina Karim yang turut berkongsi pengalamannya sambil menyertai cabaran bersama peminat dan rakan-rakan.
Bintang drama yang sedang meningkat naik itu mengakui dirinya sangat aktif walaupun jadual kerja padat dengan penggambaran, jemputan program dan penciptaan kandungan peribadi.
“Kesibukan kerja mendorong saya untuk menggunakan Safi Hijabista Bodycare Antibacterial Deodorant kerana ia mengandungi formulasi yang memastikan kita sentiasa segar dan yakin sepanjang hari,” kongsinya.
Acara unik yang berlangsung dari 4 hingga 7 Julai itu turut menampilkan rangkaian produk Safi seperti deodoran Safi Hijabista, syampu dan Parfum Mist Rambut Safi Shayla.
Semuanya direka khusus untuk memenuhi keperluan wanita berhijab sepanjang 72 jam.

Menariknya, Safi 72-Hour Sweat Challenge dimulakan dengan persembahan kemahiran paddle secara simbolik, diiringi tarian Cabaran Tarian Tepuk Konfiden Safi Hijabista.
Tarian tersebut menjadi trend tersendiri sekali gus mengajak peserta mengangkat tangan dan melakukan tepukan sebagai simbol kesegaran bawah lengan dengan penuh keyakinan.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

