Tak sabar nak deko rumah sendiri, ini 10 item laku keras untuk cantikkan kediaman pada harga bajet

No Image Caption
A
A
A

SERONOK bila dapat kunci rumah idaman, kan? Bukan saja excited nak deko ikut selera sendiri, malah impian untuk memiliki harta sendiri tercapai.

Kunci sudah dapat, apa lagi inilah masanya untuk menghias setiap sudut dengan sentuhan peribadi yang dinanti-nantikan selama ini.

Bagi kalian yang sudah menuju fasa berkenaan, mungkin boleh usha pilihan bajet yang ditawarkan Shopee untuk pilihan perkakas rumah digemari.

Sempena minggu gaji, Shopee menyenaraikan item terpilih dengan baucar istimewa untuk kalian menikmati penjimatan berganda.

@nelysa_norazlan

Artikel Berkaitan:

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk grab baucar yang ditawarkan untuk pembelian barangan deko rumah pada harga paling murah.

Berikut SinarPlus senaraikan 10 opsyen laku keras di Shopee yang sering menjadi pilihan ramai untuk mengisi ruang kosong dalam rumah:

No Image Caption

1. Cermin fullbody

- Banyak pilihan desain cermin penuh yang boleh diletakkan di dalam bilik tidur atau ruang tamu untuk nampak lebih luas.

- Serendah RM5.94 selepas diskaun 65 peratus untuk cermin pelekat jenis Acrylic HD hingga reka bentuk moden yang boleh cecah harga RM183.20 jer.

- Jika sukakan konsep simple dan minimalis, boleh pertimbangkan Arch Mirror Standing dengan reka bentuk melengkung dan warna keemasan pada harga RM76 jer.

No Image Caption

2. Wardrobe tiga pintu

- Perabot penting untuk setiap bilik untuk simpanan baju atau barangan lain tanpa perlu ruang nampak sempit.

- Banyak pilihan almari tiga pintu yang ditawarkan Shopee yang sesuai untuk lelaki dan perempuan.

- Paling penting, kena pandai pilih jenis kayu yang ditawarkan, selain kos harga dan reka bentuk yang ditawarkan.

No Image Caption

3. Rak kasut

- Kalau pilih rak kasut, ada yang suka jenis kayu, plastik, besi atau folding mengikut kesesuaian rumah.

- Nak cantik, bolehlah pilih jenis kabinet yang tertutup untuk diletakkan di ruang luar rumah. Tak nampak sangat bersepah semua kasut, kan?

- Kalau nak murah, boleh pertimbangkan jenis multi layer serendah RM9.99 jer.

No Image Caption

4. Cermin tandas

- Cermin antara daya penarik di dalam tandas sama ada untuk kegunaan sendiri atau tetamu.

- Sekarang ini, sudah banyak desain moden bentuk bulat dan empat segi ikut kesesuaian bilik air.

- Jika mahu jimat ruang, bolehlah pilih cermin tandas lengkap dengan kabinet yang boleh simpan stok seperti berus gigi, ubat gigi, suplemen dan banyak lagi.

No Image Caption

5. Chest drawer

- Nak nampak ruang bilik atau tamu lebih estetik, bolehlah pilih chest drawer sebagai halwa mata.

- Shopee menawarkan pelbagai item menarik daripada pengeluar perabot terkemuka pada harga lebih menjimatkan.

- Tinggal pilih mana satu pilihan hati dan menikmati penjimatan kos penhantaran dan baucar tunai.

No Image Caption

6. Kabinet dapur

- Mesti ramai yang pening nak pilih kabinet dapur sebab ada yang murah dan ada yang mahal.

- Bak kata orang, alah membeli menang memakai. Jadi, kenalah pandai pilih material yang sesuai untuk tahan lebih lama.

- Menariknya, Shopee ada menawarkan jenis kabinet mudah alih, multi fungsi dan banyak lagi untuk penjimatan ruang.

- Kalau ruang dapur sempit, kena pastikan kabinet yang ingin dipasang multi fungsi untuk memudahkan urusan di dapur.

No Image Caption

7. Rak bertingkat

- Sudah banyak pilihan rak jenis Lerberg ditawarkan serendah RM29 atau lebih murah lagi kalau rajin scroll semua pilihan yang ada.

- Kalau anda jenis peminat bunga, pelbagai opsyen rak bunga indoor bertingkat yang boleh dipilih untuk diletakkan di balkoni atau ruang tamu.

- Tak perlu risau soal makan ruang sebab ada rak yang boleh dilipat jika tidak digunakan.

No Image Caption

8. Set meja makan

- Sekarang ini nak orderset meja makan pun sudah boleh menerusi online. Hanya pilih, bayar dan tunggu delivery sampai depan pintu rumah.

- Shopee misalnya menawarkan seleksi meja makan pada harga mampu milik tanpa perlu bersusah-payah ke kedai perabot.

- Mahu solid wood, bar table, foldable atau moden, semuanya ada di setiap outlet di bawah satu bumbung Shopee.

No Image Caption

9. Set Meja Mekap

- Antara set paling disukai para wanita untuk menyimpan koleksi peribadi dengan ruang peribadi.

- Jika sukakan konsep Nordic, boleh pertimbangkan pilihan Wooden Premium Dressing Table dengan cermin bulat yang comel.

- Nak lagi cantik, bolehlah pilih kerusi bentuk riben atau jenis baldu cute sebagai tambahan aksesori.

No Image Caption

10. Pokok hiasan

- Mahu menaikkan seri rumah dengan pokok hiasan, bolehlah usha pilihan menarik yang ditawarkan Shopee.

- Boleh rambang mata dibuatnya untuk memilih artificial plant persis pokok hidup untuk mencantikkan sudut rumah.

- Paling syok, harganya serendah RM4.30 hingga RM92 untuk sepasu. Ikutlah kalian nak pilih pokok jenis apa dan kesesuaian ruang rumah.

Jadi, apa tunggu lagi? Bolehlah intai dulu pilihan yang ditawarkan Shopee dan membuat pembelian pada slot tertentu untuk penjimatan berganda.

Okey, selamat bershopping!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang