LIBRESSE, jenama terunggul bagi penjagaan intim wanita baru-baru ini melancarkan Libresse SensitiV.

Libresse SensitiV merupakan rangkaian penjagaan feminin yang pertama di Malaysia yang diperakui hipoalergenik dan diuji secara dermatologi dengan 0 peratus alergen biasa, wangian dan pewarna.

Keseluruhan rangkaiannya iaitu pad, liners, pencuci intim dan tisu basah intim menawarkan penjagaan paling lembut untuk vulva dan zon-V yang halus.

Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi, Dr Patricia Lim Su-Lyn berkata, sesetengah wanita tidak mengenai bahagian intim mereka dan mungkin tidak pernah mendengar perkataan vulva sebelum ini.

Vulva adalah merujuk bahagian luaran bahagian intim kita yang sentiasa bersentuhan dengan seluar dalam, liners dan pad kita. Oleh kerana ia terdiri daripada tisu mukosa, maka tiada halangan pelindung dan mudah mengalami iritasi,” katanya.

Dalam satu undian baru-baru ini yang dijalankan oleh Libresse membabitkan 700 wanita mendapati, tujuh daripada 10 wanita Malaysia menyedari bahawa kulit vulva adalah sangat halus, dengan 86 peratus tahu bahawa vulva mudah mengalami iritasi disebabkan faktor seperti geseran, kelembapan berlebihan, pertumbuhan bakteria buruk, wangian dan pewarna.

 

Oleh kerana faktor-faktor tersebut boleh menyebabkan ketidakselesaan atau kegatalan, hampir semuanya bersetuju bahawa vulva memerlukan penjagaan yang lembut dan 75 peratus berkata, mereka lebih suka untuk menggunakan produk penjagaan feminin hipoalergenik jika boleh.

Pengurus Pemasaran, Penjagaan Feminin, Vinda Malaysia, Deenie Ong berkata, sebagai tindak balas kepada kebimbangan dan keperluan yang semakin meningkat kini, Libresse memperkenalkan rangkaian SensitiV yang diuji secara dermatologi dan diperakui hipoalergenik.

Ia memenuhi keperluan untuk dua ujian ketat yang berbeza yang ditetapkan oleh International Contact Dermatitis Research Group.

 

“Kesemua pad dan liners Libresse SensitiV mempunyai lapisan atas yang diperbuat daripada fiber yang 30 peratus lebih halus daripada lapisan atas konvensional. Ini akan mengurangkan geseran untuk lebih keselesaan.

“Liners Libresse SensitiV mempunyai tiga kali pengudaraan yang lebih baik untuk meningkatkan kekeringan dan membantu menghalang pertumbuhan bakteria buruk,” katanya.

Deenie menambah, pencuci dan tisu basah intim Libresse SensitiV direka khas untuk mengekalkan keseimbangan pH vulva yang optimum.

Iklan

 

Pengguna juga boleh meyakini bahawa semua pad Libresse SensitiV direka khas dengan teknologi SecureFit yang dipatenkan, berdasarkan kontor badan wanita untuk padanan sempurna dan digabungkan dengan Saluran DFC (Deep Flow Channel) yang pantas menyerap, bagi mencegah kebocoran supaya pengguna rasa lebih kering dan selesa, kata beliau.

Dengan pelancaran Libresse SensitiV, kami berharap dapat mencetuskan perbincangan baharu mengenai penjagaan dan kesihatan vulva dengan sokongan daripada rakan pakar kami seperti Dr Patricia Lim yang akan menawarkan kepakaran perubatannya untuk pelancaran pendidikan Zon-V kami yang komprehensif di media sosial.

“Ini termasuklah sesi bulanan Ask Libresse di Instagram #vulvavisdom yang mana boleh dijadikan platform untuk wanita berkongsi pengetahuan atau pengalaman mengenai kesihatan zon-V dan membimbing orang lain sepanjang perjalanan kewanitaan mereka,” katanya.

Iklan

 

Pad, liners, pencuci intim dan tisu basah intim Libresse SensitiV kini boleh didapati di pasar raya atau farmasi seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.libresse.com.my, ikuti Libresse di www.facebook.com/LibresseMalaysia atau Intagram (@Libresse_my).