Hati-hati main air banjir! Dua ke empat kali tukar lampin sebab pendarahan, rupanya punca lintah masuk faraj
MUSIM banjir bukan sahaja melibatkan kemusnahan harta benda, tetapi boleh menyebabkan pelbagai penyakit datang dan paling teruk meragut nyawa.
Baru-baru ini, tular di aplikasi Tiktok Klinik Safwa Pasir Tumboh seorang doktor menerima pesakit berusia setahun empat bulan yang mengalami pendarahan di bahagian faraj.
Menerusi perkongsian itu, doktor dari Klinik Safwa Pasir Tumboh itu berkata faraj kanak-kanak itu dimasuki lintah selepas membuat imbasan X-ray ketika dirawat pada musim banjir.
"Semalam tergempar dengan kes seorang kanak-kanak perempuan berusia satu tahun empat bulan datang ke kecemasan dengan pendarahan di faraj.
"Dalam sehari, dua ke empat kali tukar lampin sebab pendarahan.
"Bila periksa, tiada apa yang luka atau cedera. Sekali doktor kecemasan buat scan di bahagian pundi kencingnya ternampak lintah dah masuk sampai situ," tulis beliau.
Menurut kisah asal, kanak-kanak itu difahamkan bermain air banjir dengan keadaannya yang tidak berlampin.
Dalam pada itu, doktor tersebut sempat menitipkan pesanan buat para ibu bapa untuk sentiasa memantau anak-anak ketika musim banjir.
"Jadi hati-hati ibu bapa dan sentiasa memantau anak-anak ketika musim banjir sekarang ini.
"Demi keselamatan dan juga kesihatan anak-anak juga ya. Sentiasa berwaspada ketika musim banjir terutama utk anak-anak kecil," tambah beliau.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang