Mardhiyyah Hotel & Suites, HTAR kerjasama anjur program derma darah, sokong usaha murni menyelamatkan nyawa melalui aktiviti CSR

No Image Caption
A
A
A

LAMANYA tak derma darah. Penulis pun dengan semangat berkobar-kobar terus daftar selepas pihak Mardhiyyah Hotel & Suites, Shah Alam berkongsi info berkenaan.

Kempen julung-julung kali diadakan dengan kerjasama Hospital Tengku Ampuan Rahimah, HTAR itu berlangsung pada 21 September lalu.

No Image Caption

Pengurus Besar hotel, Bahrun Ismara Nor dalam satu kenyataan memberitahu, acara berkenaan bertujuan untuk memberi sumbangan kepada masyarakat sambil meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menderma darah untuk menyelamatkan nyawa melalui aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) ini.

No Image Caption

“Pada awalnya kami menyasarkan seramai 100 sukarelawan daripada kakitangan Mardhiyyah Hotel & Suites dan orang awam. Sementelah ia merupakan program derma darah pertama anjuran pihak kami.

"Alhamdulillah, sambutan peserta amat menggalakkan apabila seramai 124 sukarelawan telah hadir dan dapat dibuktikan bahawa komuniti kita telah mendapat kesedaran tentang kepentingan menderma darah," ujarnya.

Tambah beliau lagi, dengan sokongan masyarakat setempat, HTAR telah mengumpulkan 74 tabung darah daripada penderma darah yang berjaya yang akan memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan seperti mangsa kemalangan, penyakit kronik dan pesakit yang menjalani pembedahan.

No Image Caption

Selain itu, program ini juga telah mencapai pemahaman yang lebih baik tentang kesedaran kesihatan.

Pemeriksaan kesihatan percuma oleh MSU Medical Centre termasuk pemeriksaan tekanan darah, pemeriksaan glukosa dan indeks jisim badan (BMI).

No Image Caption

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang