Prince Court anjur 'Pink Polo', tingkatkan kesedaran kanser payudara
SABAN tahun, bila tiba Oktober, pasti ia diraikan sebagai bulan kanser payudara sedunia bagi memberi kesedaran tentang penyakit itu kepada orang ramai.
Turut sama menunjukkan tanda sokongan, Pusat Perubatan Prince Court telah menganjurkan program Pink Polo di Kuala Lumpur Polo Club (KLPC). Ini bagi meningkatkan kesedaran dan membiayai Persatuan Kanser Nasional Malaysia (NCSM) dan Persatuan Kebajikan Kanser Payudara Malaysia (BCWA).
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Prince Court, Dr Shuba Srinivasan, diagnosis kanser payudara adalah detik penentu kehidupan yang mengubah gaya hidup pesakit dan orang tersayang mereka. Oleh itu, Prince Court hadir untuk semua pesakit kanser payudara bagi memberikan sokongan emosi, psikologi, dan perubatan holistik.
“Pasukan kanser payudara multidisiplin kami terdiri daripada pakar terbaik dalam onkologi, radiologi, pembedahan, dan kejururawatan, semuanya bekerjasama untuk membantu pesakit melalui perjalanan ini, yang tidak berakhir dengan hanya rawatan.
"Kami berusaha untuk memberikan perubahan bermakna dalam kehidupan pesakit dan keluarga mereka melalui penjagaan yang luar biasa dan penuh belas kasihan," katanya.
Dalam pada itu, Presiden Pink Unity, Mahani Kassim menekankan keperluan penting kumpulan sokongan.
“Bila kami berdiri bersama, kami bukan hanya berkongsi harapan namun juga menginspirasikan lebih ramai wanita untuk mengutamakan kesihatan mereka melalui pengesanan awal,” kata beliau.
Pink Unity, satu kumpulan tumpuan untuk mangsa kanser payudara yang terselamat di bawah NCSM.
Program yang dihadiri oleh bekas pesakit kanser payudara, pejuang riben merah jambu dan media itu menampilkan perlawanan pameran polo dan ceramah kesihatan oleh perunding Prince Court, Dr. Harjit Kaur Perdamen, Pakar Perunding Payudara & Endokrin, dan Dr. Melissa Tan, Pakar Bedah Payudara & Onkoplastik. Terdapat juga perkongsian inspirasi oleh mangsa kanser payudara yang terselamat.
Selain meningkatkan kesedaran, Prince Court juga mengumpul dana iaitu hasil daripada penjualan jersi polo eksklusif disalurkan kepada tujuan tersebut.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang