Seni dan sains bersatu: Dr Hasbi jalin kerjasama dengan Ruffedge, perkenal rawatan stem cell tangani masalah lutut
SIAPA kata sakit lutut hanya masalah orang tua? Malah mereka yang aktif bersukan, bekerja keras atau pernah mengalami kecederaan juga berisiko.
Kini, dengan perkembangan teknologi perubatan moden, kembali aktif tanpa rasa sakit bukan lagi angan-angan.
Klinik Dr Hasbi, yang terkenal sebagai peneraju inovasi perubatan, kini menonjol dalam bidang rawatan regeneratif, khususnya terapi stem cell untuk lutut.
“Kami mahu pesakit kembali bergerak aktif tanpa kesakitan. Rawatan stem cell ini semula jadi, tidak memerlukan pembedahan dan masa rehat minimum.
"Selain meremajakan kulit, ia juga membantu tulang rawan lutut pulih dengan lebih cepat,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Klinik Dr Hasbi, Datuk Dr Hasbi Harun.
Rawatan utama klinik ini menggunakan Mesenchymal Stem Cells (MSC), sejenis sel regeneratif yang terbukti secara saintifik dapat memperbaiki, memulihkan dan meremajakan tisu tubuh.
MSC bukan sekadar mengurangkan keradangan atau mempercepat penyembuhan, tetapi turut menyokong kesihatan keseluruhan dan menjana sel baharu.

Menurut Dr Hasbi, pendekatan ini bersifat holistik.
“Jika sakit lutut tidak terlalu serius, mungkin hanya suntikan gel diperlukan. Namun bagi tahap lebih serius, kombinasi gel, kolagen dan stem cell diberikan untuk kesan optimum.
Rawatan awal sangat penting; tanda awal seperti lutut berbunyi, rasa ketat pada waktu pagi atau kerap kejang boleh dikesan untuk pencegahan lebih awal," jelas beliau.
Selain fokus pada rawatan lutut, Klinik Dr Hasbi pernah mencipta inovasi dalam bidang khatan moden dengan Dr. B Clamp, yang menjadikan prosedur lebih selamat dan kurang trauma.
Kini, klinik itu melangkah ke fasa lebih besar dalam dunia kesihatan regeneratif, menjadikan kesihatan sebagai pelaburan jangka panjang.
Gabungan sains dan seni
Kolaborasi bersama kumpulan muzik Ruffedge pula menjadi langkah simbolik menggabungkan sains dan seni.
Dr Hasbi berkata, Ruffedge bukan hanya terkenal, tetapi mewakili nilai persahabatan, disiplin dan inspirasi.
"Ia selari dengan misi kami menyampaikan mesej kesihatan kepada generasi muda," kongsinya.
Sementara itu, vokalis Ruffedge, Azanuddin atau Azan, berkongsi pengalaman peribadinya.
“Dahulu saya ambil ringan bila lutut sakit. Lama-kelamaan bengkak dan rupanya osteoarthritis.
"Stem cell di Klinik Dr Hasbi membantu saya kembali cergas, demi keluarga dan kerjaya," jelasnya.
Majlis menandatangani MoU antara Klinik Dr Hasbi dan Ruffedge disaksikan oleh Datuk Dr Hasbi Harun dan isteri, Datin Adibah Karimah, bersama anggota kumpulan Azan, Syed Hussein (Sein), Syed Mohammad, Zain dan Farish (Catt Farish).

Klinik Dr Hasbi kini merancang membuka Medical & Wellness Centre pada 2026, lengkap dengan pusat rehabilitasi dan kemudahan kesihatan moden.
“Pusat enam tingkat ini dijangka siap tahun depan, dibantu beberapa doktor yang saya latih.
Pelanggan bukan sahaja dari Malaysia, malah dari Hong Kong dan Singapura. Kami juga merancang cawangan di Pulau Pinang dan Johor,” tambah Dr Hasbi.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

