TERINGIN nak makan kacang pool Johor waktu perintah kawalan pergerakan (PKP) ini? Jangan risau, anda boleh buat sendiri kacang pool Johor di rumah. Mudah sahaja tau. Ini resipi dan cara-caranya.

Bahan-bahan:

1 tin kacang parang
1 tin kacang panggang
5 ulas bawang putih
1 biji bawang merah
Minyak sapi
Rempah kari daging
Daging kisar
Serbuk lada hitam
Rempah ketumbar
Garam

Cara-cara:

1. Panaskan minyak sapi dan tumis bawang putih dan bawang merah yang telah dicincang sehingga naik bau.

2. Bancuh serbuk kari daging dengan satu cawan air.

3. Masukkan serbuk kari daging yang telah dibancuh tadi ke dalam kuali dan kacau sehingga pecah minyak.

4. Masukkan daging cincang dan biarkan sehingga daging masak.

5. Apabila daging sudah masak, masukkan rempah ketumbar dan serbuk lada hitam.

6. Masukkan pula kacang parang dan kacang panggang. Kacaukan.

7. Masukkan dua sudu garam.

8. Biarkan ia masak seketika dan siap.

Inilah cara untuk buat kacang pool Johor. Kebiasaannya dimakan bersama dengan cili merah, bawang besar yang dipotong dadu, telur dan limau. Selamat mencuba!

Penulis: Suhaila Ali

Foto: food Ink