'Saya bukan playboy, cuma tak cukup matang untuk jadi suami kepada dua isteri'. Iman Zulkarnain mahu lebih berhati-hati

A
A
A

KACAK dan senang tertawa. Tutur bicaranya juga sopan. Tatkala diajak berbicara soal peribadi, Iman Zulkarnain tiada masalah.

Nama personaliti berumur 32 tahun itu menjadi buah mulut warga maya selepas empunya diri membantu menguar-uarkan pemergian bapa saudaranya, Ridzuan Hashim baru-baru ini. Ketampanan dan kerendahan hatinya mendapat pujian melata.

Tidak hanya pandai membawa diri, lagak anak wayang dan gitarnya ditambah dengan penampilan ala rockers tatkala hadir ke sesi penggambaran Cover SinarPlus menunjukkan beliau seorang yang santai dan rileks.

Sudah namanya anak seni, lelaki itu bijak bergaya di hadapan lensa kamera. Jadi, tidak peninglah untuk jurufoto, Rafiq Redzuan untuk merakam aksi beliau.

Mukadimah awal kami lebih kepada mengenal siapa Iman? Ujar selebriti berkenaan, susur-galur kehidupannya ibarat ‘turun naik pasaran saham‘.

Baca ni 'Asalkan itu yang terbaik buat dirinya'. Komen Syada Amzah dengan pilihan kakak. Bakal ikut jejak Shila tak lama lagi

Iman

Memulakan rentak kehidupan dengan menjalankan bisnes kafe dan kantin, tetapi sayangnya, semua menemui jalan buntu.

Anak kelahiran Selangor itu kemudian bekerja pula sebagai jurugambar dan pereka grafik.

“Sebenarnya sebaik bisnes saya menjunam, saya dapat tawaran jadi pelakon tambahan. Saya terima kerana fokus saya waktu itu adalah untuk mencari rezeki demi keluarga tersayang,“ ujarnya.

Pun demikian, pernah terfikir untuk memakmurkan kembali perniagaan. Namun, kata Iman, kekangan modal menjadi perintang utama beliau.

Setelah fikir semasak-masaknya, personaliti tersebut memilih untuk menjerumuskan diri secara serius dalam arena seni.

“Namun, sejujurnya jiwa saya masih mahu berniaga juga. Saya tak nak peram hasrat itu begitu saja. Secara perlahan-lahan, saya kini mengorak langkah dengan berjinak-jinak dengan pelaburan emas secara kecil-kecilan.

“Jika diberi rezeki lebih, saya teringin untuk buka bisnes baju dan perkhidmatan membersihkan gitar kelak juga,“ katanya yang mengidolakan pelakon terkenal Wan Hanafi Su, Datuk Rosyam Nor, Bront Palare dan Faizal Hussein.

Baca ni 'Kehadiran Hana telah banyak mengubah prestasi diri dan sumber kekuatan saya'. Ucapan tulus Da‘i Syed kepada isterinya

Iman Zulkarnain

MOMEN BERSAMA ARWAH RIDZUAN

Kepada SinarPlus, tuturnya, walau apa pun terjadi, fokus sebagai pelakon dalam layar perak tetap menjadi keutamaan.

Membuktikan beliau tidak main-main, Iman menyertai kelas lakonan di bawah bimbingan Fauziah Ahmad Daud, Fauziah Nawi dan beberapa pelakon tersohor lain.

“Untuk memudahkan perjalanan seni, saya kena perbaiki kekurangan dalam diri. Sementelah, saya sendiri mahu setiap watak yang dibawa memberi impak dan diingati oleh penonton.

“Menerusi kelas lakonan juga, saya berpeluang belajar untuk mengekspresikan diri dengan lebih baik. Antaranya dari aspek lontaran suara ketika berdialog, memahami skrip dan jalan cerita serta lain-lain elemen,“ ujarnya yang tidak mahu sekadar menjadi ‘pelakon cowboy‘.

Beritahu Iman, jika dicongak kembali, beliau telah mengabdikan diri lebih kurang tujuh tahun lamanya dalam industri. Peliknya, mengapa kelibat tuan punya badan jarang sekali kelihatan di kaca televisyen?

 

Dengan tenang, lelaki ramah itu menyahut soalan berkenaan. Ungkap Iman, tidak timbul soal memilih watak, jauh sekali bersikap low profile.

Pun begitu, kriteria penerbit atau pengarah yang mahukan platform media sosial seseorang artis wajib diikuti oleh jutaan pengikut, seolah-olah telah menjadi benteng terbesar kepadanya.

Baca lagi 'Saya mahu jalan terus'. Digelar cepat koyak & sentap, Sissy Iman langsung tak kisah

Iman

“Tak seperti anak seni lain, pengikut saya tak banyak. Pada masa sama, mungkin juga dulu saya lebih pentingkan mutu lakonan dan fokus hanya bagaimana untuk menjadi pelakon yang berkualiti sehingga terlepas pandang bab itu.

“Kini saya belajar daripada kesilapan. Alhamdulillah, sudah nampak perubahan selepas saya mula berkongsi tentang kerjaya termasuklah ‘adegan‘ ketika sesi penggambaran,“ ujarnya.

Ketika bersembang tentang dunia lakonan, fikiran kami terus melayang mengingatkan kehebatan arwah Ridzuan.

Suasana menjadi sentimental seketika. Dengan nada perlahan Iman berkata, tidak ramai yang tahu tentang pertalian antara mereka.

Kedua-duanya bersikap profesional. Soal kerja dan keluarga diasingkan.

“Waktu saya mula-mula terbabit dalam dunia lakonan, arwah tidak memberi sebarang komen, tetapi saya tahu beliau sentiasa membantu dari belakang. Lagipun, saya sendiri lebih suka bergerak sendiri,“ katanya.

Baca ni 'Mesti ada sebab ALLAH susun sebegini'. Datin Lisa Surihani lerai pertanyaan tentang kehilangannya dalam dunia lakonan

Ridzuan

Kisah beliau bersama arwah dipanjangkan lagi apabila empunya diri secara eksklusif berkongsi momen yang pernah direntas bersama pelakon veteran ternama itu sebelum ini.

Dedah Iman, Allahyarham Ridzuan dianggap sebagai penghibur keluarga kerana suka buat lawak.

“Kenangan memang banyak terutama ketika saya masih kecil. Kebetulan ibu saya ialah ibu tunggal. Arwah memang selalu jenguk, tanya khabar dan ambil berat.

“Malah, waktu saya berkhatan, arwah yang hantar. Ketika saya mendirikan rumah tangga, arwah yang jadi jurucakap. Setiap kali raya, dia mesti datang berkunjung,“ ceritanya yang diberi jolokan sebagai ‘Hero Malaya‘ oleh Ridzuan.

BAHTERA PERKAHWINAN GAGAL

Dalam pada kami bercerita, Iman mendedahkan, beliau sebenarnya sudah bergelar suami dan bapa sejak berusia awal 20-an lagi.

Cukup muda, tetapi katanya, ketika itu perniagaan sedang mencanak naik dan kehidupan pun agak stabil.

“Sekitar tahun 2012, umur saya baru 21 tahun, tetapi hidup saya sudah selesa. Daripada asyik usung anak dara orang ke hulu ke hilir, lebih baik saya noktahkan hubungan kami dengan ikatan perkahwinan.

“Awalnya semua berjalan lancar, namun nama pun darah muda, kan? Jadi, macam-macam hal timbul. Sampai satu tahap kami berpisah, namun kembali rujuk selepas itu,“ katanya yang memiliki tiga orang anak berusia 11, tujuh dan lima tahun.

Baca ni Berdiri di atas kaki sendiri, Mas Zharif Aziz Desa tak tumpang populariti arwah bapa. Anugerah bukti kemampuan diri

Iman

Jodoh pertemuan, ajal maut semuanya ditentukan oleh-NYA. Iman kemudian mengambil keputusan untuk berkahwin sekali lagi dengan wanita pilihannya pada 15 April 2019.

Namun, sayangnya, jodoh mereka tidak berpanjangan apabila masing-masing akur untuk berpisah selepas lapan bulan bergelar suami isteri. Mereka tidak dikurniakan zuriat.

“Sebenarnya dengan isteri pertama segalanya okey sehinggalah waktu PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), isteri ambil keputusan untuk bekerja.

“Mungkin sudah ketentuan, jodoh kami tak panjang. Saya faham apa yang bekas isteri alami. Jadi, saya ambil keputusan untuk lepaskan beliau secara baik,“ ujarnya.

Pancingan penulis untuk membiarkan beliau terus berkongsi cerita tentang rumah tangga beliau mengena.

Iman mengakui dirinya sendiri antara punca krisis kepada keretakan pertalian dengan dua wanita yang pernah sebumbung dengannya. Padahal, hubungan di antara kedua-dua isteri pertama dan kedua langsung tidak bermasalah.

Baca lagi As'ad Motawh kongsi cerita jatuh bangun kerjaya. Hasil usaha dan kerja keras, kehidupannya berubah

Iman Bersama ibu tersayang yang juga sumber inspirasi buat Iman terus berkarya.

“Saya akui lemah dan tak mampu menjadi ketua yang baik dalam mengemudi bahtera perkahwinan kami. Malah, saya tak mampu untuk bahagikan emosi dan perasaan mereka. Bukan itu sahaja, saya juga tidak pandai untuk tenangkan emosi kedua-duanya, lebih-lebih lagi waktu saya tiada di sisi.

“Saya bukan playboy, cuma tidak cukup matang untuk jadi suami kepada dua isteri. Apabila mereka minta diri dilepaskan, saya rela dan terima keputusan untuk bercerai,“ kata Iman yang mengakui penceraian atau krisis rumah tangga mampu dielakkan andai sang suami memainkan peranan dengan baik.

Iman

Trauma untuk berkahwin lagi? Iman terus menggelengkan kepala.

“Ya, saya akui ‘dua masjid‘ yang dibina roboh di pertengahan jalan, namun tiada istilah itu (trauma) kerana saya tahu ini salah saya. Insya-ALLAH, akan datang saya perlu lebih berhati-hati dan seboleh-bolehnya berharap tak akan melakukan kesilapan yang sama.

“Soal mencari pengganti, saya tak kisah. Kalau jodoh itu sampai awal saya terima. Cuma saya tak memikirkan sangat,“ tuturnya yang sentiasa bersangka baik dengan qada dan qadar.

Ditanya apa ciri-ciri wanita idamannya, Iman yang sedang sibuk dengan penggambaran drama Takdir Yang Ditakdirkan menyerahkan sepenuhnya kepada ketentuan ILAHI.

“Mengikut pengalaman sebelum ini, saya sangka itu yang sesuai atau terbaik, namun rupanya tidak ‘sekufu‘ dan tiada persefahaman.

“Ya, banyak benda saya nak kena pertimbangkan. Justeru, saya terbuka dan berserah jodoh mana terbaik buat saya selepas ini,“ ungkapnya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca