Kembar Siam cantum kepala berkongsi otak, berjaya dipisahkan, dibedah 27 jam
PASANGAN kembar Siam hanya terjadi satu bagi setiap 50,000 hingga 200,000 kelahiran. Seperti pasangan kembar dari Brazil ini, Bernardo dan Arthur Lima yang berjaya dipisahkan dalam pembedahan selama 27 jam baru-baru ini. Apa yang menakjubkan ialah kedua-duanya berkongsi otak!
Bernardo dan Arthur Lima, 3, dilahirkan dengan otak yang bercantum.
Baca juga: Hospital Tunku Azizah berjaya pisahkan kembar Siam pramatang pertama di Malaysia
Anak kepada Adriely dan Antonio Lima itu menjalani tujuh pembedahan di Rio de Janeiro, diselia oleh pakar bedah kanak-kanak Hospital Great Ormond Street, Dr Noor ul Owase Jeelani.
Hampir 100 petugas perubatan terlibat dalam pembedahan yang memakan masa panjang itu.
Baca juga: Bayi kembar siam Pakistan berjaya dipisahkan. Ada dermawan berhati mulia biayai kos pembedahan
Menurut Dr Jeelani, pembedahan memisahkan Bernardo dan Arthur adalah yang paling kompleks yang pernah diselesaikannnya.
Difahamkan, sebelum pembedahan dilakukan, pakar bedah dari London dan Brazil menghabiskan berbulan-bulan menguji teknik menggunakan virtual reality (VR) berdasarkan imbasan CT dan MRI.
Ia dilakukan untuk mengurangkan risiko dan mengelakkan berlaku kesilapan ketika pembedahan sebenar.
Baca juga: Perut ibu 30kg ketika hamil, kembar 9 pecah rekod dunia bakal pulang ke Mali
Sepanjang pembedahan selama 27 jam, difahamkan petugas dan pakar yang terlibat hanya sempat berehat untuk makan serta minum sebanyak empat dengan tempoh 15 minit setiap sesi.
Namun segala penat lelah akhirnya terbayar apabila melihat senyuman kegembiraan ahli keluarga Bernardo dan Arthur.
Baca juga: Mengandung lagi selepas lima hari hamil, wanita lahirkan dua bayi bukan kembar serentak
Perkara yang unik mengenai pasangan kembar Bernardo dan Arthur ialah tekanan darah dan kadar denyutan jantung kedua-dua mereka mencanak naik selepas pembedahan.
Pelik tetapi benar. Barangkali ikatan yang terlalu erat antara mereka sejak lahir mempengaruhi tanpa disedari. Hanya selepas ditemukan semula empat hari kemudian dan bersentuhan tangan, segalanya kembali normal serta stabil.
Pasangan kembar itu semakin pulih dan bakal menghadapi rawatan susulan serta pemulihan selama enam bulan.
Pembedahan penuh keajaiban itu pasangan kembar siam sering menjadi perhatian ramai.
Ibu kepada pasangan kembar itu Adriely Lima menitiskan air mata melihat kedua-dua anaknya selamat melalui pembedahan yang panjang.
"Kami tinggal di hospital selama hampir empat tahun," katanya penuh syukur.
1 DALAM 200,000 KELAHIRAN
Menurut National Library of Medicine, kembar siam merujuk kepada kembar yang bercantum secara fizikal.
Insiden kembar Siam adalah satu bagi setiap 50,000 hingga 200,000 kelahiran. Manakala kembar Siam yang bercantum pada bahagian kepala (craniopagus) berlaku satu dalam 250,000 kelahiran. sangat jarang!
Kebanyakan kembar Siam craniopagus tidak mampu bertahan sehingga usia dua tahun.
Malah kadar kelahiran mati (stillbirth) adalah tinggi dan dianggarkan sekitar 60 peratus.
Kembar Siam terjadi merentas pelbagai negara dan etnik. Bagaimanapun ia dikaitkan dengan dominasi jantina perempuan lebih tinggi.
Kembar Siam banyak berlaku kepada bayi perempuan berbanding lelaki dengan nisbah 3: 1.
BAGAIMANA KEMBAR SIAM MENDAPAT NAMA?
Kes pertama kembar Siam yang terkenal dan didokumenkan terjadi di Bangkok, Thailand pada tahun 1811.
Pasangan kembar lelaki Chang dan Eng dilahirkan dengan cantuman pada bahagian sama lain di bahagian dada.
Ahli perniagaan P T Barnum bertanggungawab menamakan Chang dan Eng sebagai kembar Siam semasa mereka mengembara ke seluruh dunia dengan kumpulan sarkasnya.
Pasangan kembar itu berkahwin dengan wanita yang merupakan adik-beradik dan memiliki 21 orang anak.
Biarpun kembar Siam, keluarga mereka tinggal di kediaman berasingan yang mana Chang dan Eng bergilir setiap tiga hari.
Baca juga: Wanita pelik ketiak bengkak penuh susu selepas lahir bayi kembar tiga, rupanya…
Chang dan Eng berunding dengan ramai pakar perubatan untuk melakukan pembedahan dan telah menjalani pembedahan di bawah seliaan pakar Jerman, Dr Rudolf Vircow.
Namun kedua-duanya meninggal dunia dengan hanya berbeza beberapa jam antara satu sama lain pada usia 61 tahun.
Bedah siasat mendapati mereka tidak berkongsi organ. Mereka hanya berkongsi sedikit tisu hati, peritoneum, dan arteri dan vena hipogastrik.
Baca juga: Hanya lambat 15 minit, pasangan kembar ini sambut hari jadi beza setahun
Sumber: Daily Mail, New York Post, National Library of Medicine, Today.com
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang