#SiBibirMerah: Ibu bapa beringat musim hujan cuti sekolah, elak perairan, cerun berisiko, kawasan banjir

A
A
A

CUTI sekolah tiba akhirnya. Pelbagai aktiviti disusun ibu bapa untuk anak-anak. Pun begitu, cuti sekolah kali ini tibanya ‘sekali’ dengan fenomena monsun Timur Laut yang membawa bersama perubahan cuaca yang ekstrem termasuk hujan lebat.

Monsun Timur Laut yang bermula pada awal November lalu membawa episod luruan monsun berterusan sehingga Mac 2023. Fenomena ini mengakibatkan hujan lebat berterusan.

Kredit foto: Freepik

Baca juga: Cuti sekolah bermula, ibu bapa mohon buat 7 perkara ini terhadap anak

Sekiranya hujan lebat berterusan berlaku serentak dengan kejadian air pasang besar, risiko kejadian banjir boleh meningkat di kawasan-kawasan berkedudukan rendah dan berhampiran sungai.

Baca juga: Tragedi tanah runtuh Simpang Pulai-Cameron Highlands ragut dua nyawa, berikut kronologi kejadian

Kredit foto: Freepik

Justeru, ibu bapa diharapkan mengatur aktviti cuti sekolah sebaik mungkin. Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengingatkan orang ramai untuk menjaga keselamatan diri dan keluarga.

-Elakkan berada di kawasan perairan sama ada laut, sungai, tasik atau kolam

-Jauhi cerun yang berisiko

-Patuhi arahan pihak berkuasa

KPKT juga menasihatkan orang awam lebih berwaspada dan peka dengan ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh MET Malaysia.

Tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Jalan Genting- Batang Kali baru-baru ini mengejutkan negara.

 

Berlakunya pada minggu kedua cuti sekolah, ia meragut 24 nyawa (setakat artikel ini ditulis) daripada 94 orang yang berada di tapak perkhemahan itu.

Usaha mengesan sembilan lagi mangsa yang terperangkap masih dijalankan oleh pasukan penyelamat.

Tanah runtuh secara besar-besaran yang berlaku pada jam 2.00 pagi itu membabitkan kawasan diusahakan oleh sebuah syarikat yang disahkan beroperasi tanpa lesen itu. Difahamkan ia hanya mendapat kelulusan untuk perusahaan pertanian organik.

Baca juga: Waspada! Banjir besar mungkin berlaku dalam tempoh tiga hari ini, 13 fakta berkaitan

hujan

Justeru, penting bagi wanita untuk mengetahui mengenai bencana tanah runtuh. Bibir Merah berkongsi enam kawasan yang terdedah kepada risiko tinggi malapetaka ini yang perlu dijauhi:

-Kawasan yang telah diubahsuai lalu merosakkan struktur tanah.

-Kawasan pernah berlaku tanah runtuh sebelumnya.

-Lereng curam dan kawasan di bawah lereng.

-Lereng yang telah diubahsuai untuk pembinaan bangunan atau jalan raya.

-Aluran sungai.

-Sebelum hujan lebat dan ribut

Sewaktu hujan lebat dan ribut, dengar radio atau tonton televisyen untuk sebarang amaran atau maklumat serta arahan daripada pihak berkuasa.

Awasi paras air yang mendadak tinggi atau rendah di sungai atau anak sungai yang boleh menunjukkan aliran sisa serpihan dari kawasan hulu sungai.

Paling penting perhatikan jika ada pokok, tiang telefon, pagar atau dinding yang senget atau condong, lubang-lubang baru dan kawasan terdedah pada lereng bukit. Ia adalah tanda awal tanah runtuh!

Baca juga: 15 foto kawasan perkhemahan sebelum, selepas tragedi tanah runtuh Jalan Genting

Dengar juga bunyi deram-derum yang mungkin menandakan tanah runtuh yang semakin hampir.

Bibir Merah mengucapkan takziah kepada mangsa-mangsa yang terlibat. Semoga apa yang terjadi di Father's Organic Farm ini menjadi pengajaran buat kita semua.

Tidak lupa aktiviti rekreasi seperti berkelah, berkhemah dan mandi-manda di pantai dan kawasan air terjun, hentikanlah buat seketika. Ombak besar dan kepala air sangat berbahaya dan boleh meragut nyawa.

Demi keselamatan ahli keluarga, jauhi kawasan yang berisiko buat sementara waktu sehingga Monsun Timur Laut berakhir. Rancang cuti sekolah dengan aktviti lain di tempat yang lebih selamat.

Baca juga: [VIDEO] Kanak-kanak terperangkap kepala air muncul tiba-tiba, bomba kongsi video menyelamat

SiBibirMerah: Terima kasih kepada pasukan penyelamat daripada pelbagai agensi yang bertungkus lumus bekerja 'siang malam' dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR). Anda adalah wira kami!

Sumber: KPKT, MERS999, Sinar Harian

Kredit foto utama: Father's Organic Farm, Bernama

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca