Mata biru unik, 6 beranak di Baling jadi tumpuan, ini cerita benar
MATA biru selalunya dimiliki oleh orang Eropah, terutamanya Scandinavia. Namun ini cerita benar terjadi, enam beranak di Baling, Kedah menjadi tumpuan ramai kerana memiliki mata biru.
Berbeza dengan masyarakat kita yang majoritinya memiliki mata berwarna gelap, sama ada hitam atau coklat, keluarga Siti Eshiah Ismail, 73, unik.
Baca juga: Pulau Siompu, sebuah desa unik di Indonesia yang penduduknya bermata biru
Baca juga: Kerap guna contact lens dan tonton televisyen punca sindrom mata kering? Ikuti penjelasan pakar
Warga bersama seorang anak, dua anak saudara dan dua orang cucu memiliki iris mata berwarna biru yang mempesonakan. Cuma yang berbeza, matanya yang biru kini bertukar hitam dan biru.
Menurut Siti Eshiah, arwah ibunya turut memiliki warna mata sepertinya iaitu hitam dan biru manakala anak saudaranya memiliki sebelah mata biru manakala sebelah lagi berwarna hitam.
Ini sesuatu yang jarang berlaku di mana hanya lapan hingga 10 peratus populasi dunia mempunyai mata biru.
Siti Eshiah memiliki empat cahaya mata namun hanya seorang daripadanya mewarisi mata biru iaitu anak kedua, Ahmad Zailani Dollah, 52.
Keadaan unik yang terjadi kepada anaknya menyebabkan dia pernah ditanya sama ada pernah meminati pelakon Hollywood.
"Bila pi kenduri depa (mereka) tanya, Tok tengok cerita orang putih ka?
"Masa tu mana ada televisyen...mata tok pun biru, tetapi warna hitam lebih besar dari biru, lama-lama jadi kelabu," katanya.
Ditanya sama ada mempunyai darah campuran, warga emas terbabit tidak dapat memberikan kesahihan susur galur bangsa keluarga.
"Tok tak pasti ada perkahwinan campuran atau keturunan dari negara lain sebab orang tua dulu tak pernah cerita apa pun, tetapi penduduk di sini ada juga asal-usul dari negara Thailand," jelasnya.
Dua cucunya, mewarisi keunikan mata biru. Umi Aqilah, 19, dan Muhammad Safwan, 13, turut menceritakan pengalaman mereka berhadapan dengan masyarakat dengan sepasang mata yang jarang ditemui.
Umi Aqilah yang memiliki sepasang mata memukau merupakan bekas aliran khas Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Layar, Sungai Petani berikutan masalah pendengaran dan pertuturan, menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi.
Adiknya, Muhammad Safwan pula mengakui kelainan warna mata menyebabkan dia sering menjadi tumpuan ketika berada di sekolah mahupun di luar.
Dua adik beradik itu diasuh dari kecil agar merendah diri tidak pernah menolak permintaan orang ramai yang ingin merakamkan foto bersama.
Dalam pada itu, ubu dua beradik itu, Eshah Mat Hassan, 45, berkata hanya menyedari mata anak berwarna biru semasa dalam pantang selepas bersalin.
"Tidak terkejut sebab ayah mereka (suami) dan tok (ibu mertua) pun mata biru," jelasnya.
Eshah berkata, dia pernah ditegur apabila orang sekeliling menganggap mereka memakaikan kanta lekap pada kedua-dua anak yang masih kecil kerana boleh merosakkan mata.
"Pernah juga orang tegur masa bawa anak ke klinik sebab demam, mereka kata demam sampai biru naik ke mata.
"Saya beritahu, mata anak memang dah biru semula jadi sejak lahir," katanya.
Uniknya keluarga ini. Tidak perlu memakai kanta lekap untuk kelihatan menyerlah kerana mata yang dianugerahkan ALLAH indah memukau.
Terdahulu, remaja, Rusyduddin Ronaldo Lee bersama adiknya Refnaldi Ronaldino Lee dan Syahirah Batrisyia Lee yang berasal dari Putatan, Sabah pernah tular kerana mempunyai keunikan mata berwarna biru, kelabu dan coklat.
Menurut Healthline, terdapat satu keadaan genetik yang jarang berlaku dinamakan Sindrom Waardenburg. Keadaan itumenyebabkan heterochromia atau mata biru pucat.
Tidak hanya diwarisi, sindrom berkenaan boleh berlaku secara spontan tetapi amat jarang.
Baca juga: Tidak boleh niat menunjuk-nunjuk, menyerupai mata binatang berikut pemakaian kanta lekap dalam Islam
Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang