'Penat mengandung 9 bulan. Bila keluar muka suami, mentua.' Keluhan Syatilla Melvin buat ramai terhibur!
SIAPA yang tidak kenal dengan Syatilla Melvin. Selain seorang pelakon, beliau juga mempunyai bisnes produk kecantikan yang diasaskan bersama adik-beradiknya.
Keakraban mereka menjadi tunjang kepada kejayaan The Melvins dalam memastikan produk KEKASIH yang kini sudah mencecah usia empat tahun di pasaran diterima ramai.
Meletakkan diri mereka sebagai wajah dan pengasas, produk yang menampilkan Datin Seri Siti Nur Syafiqa Amirol Melvin, 33; Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, 32; Siti Nur Syifa Athirah Amirol Melvin, 29; dan Siti Nur Syida Amirol Melvin, 26, kini semakin dikenali dan berada dalam kelas tersendiri.
Seperti yang kita ketahui, pelakon drama Dia Isteri Luar Biasa itu sering memuat naik video bersama keluarganya di media sosial. Tidak hairanlah setiap kali muncul membuat live di media TikTok bersama adik-beradiknya, ada sahaja gelagat beliau yang bikin ramai geli hati.
Isteri kesayangan Shaheizy Sam itu juga seorang yang kelakar. Ada sahaja gelagatnya yang membuatkan ramai terhibur.
Baca ni ‘Wajah ibu & ayah seiras, mesti baby cantik’, Aishah Al Iman nama pilihan Wany Hasrita, suami
Terbaharu empunya diri yang cukup mesra disapa Tilla sekali lagi membuat warga maya terhibur apabila mengulas mengenai rupa paras zuriat kesayangannya.
Akuinya, anak-anak lebih banyak mengikut wajah suaminya, Sam.
Bukan itu sahaja, salah seorang anaknya itu dikatakan mirip ibu mentuanya iaitu pelakon, Khaty Fauziah.
WAJAH SUAMI & MERTUA
Dengan nada berseloroh, ibu kepada tiga cahaya mata itu berkata, beliau hanya meminjam rahim miliknya. Disebabkan itu, anak-anaknya banyak mengikut wajah ayah dan juga nenek mereka.
Perkongsian tersebut dimuat naik menerusi medium TikTok milik salah seorang pengikutnya samtillafansclub.
"Semua ikut rupa Sam. Tak tahulah, aku ini pinjamkan rahim sahaja. Seorang keluar muka mak mentua, seorang keluar muka laki (suami). Tetapi okey lah sebab muka laki aku.
"Kalau keluar muka laki orang lain itu pelik pula. Bersyukurlah. Kalau tiba-tiba keluar muka Neymar (pemain bola sepak Brazil) ke, hah mampuslah (mati) nak jawab.
“Bersyukurlah keluar-keluar muka Sam, memang anak dia. Hanya harapkan Syerif sahajalah modal aku,” katanya sambil ketawa.
Keluhan Tilla nyata meraih perhatian ramai. Rata-rata mengakui, beliau seorang yang kelakar.
Pada masa sama, ada juga warga maya yang mengakui senasib dengan Tilla.
Sekadar makluman, pasangan Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016.
Hasil perkongsian hidup bersama, mereka dikurniakan 3 orang cahaya mata, iaitu Syeriv Samheizy, Sarima Samheizy dan Salama Samheizy.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang