Tampar tak cedera, bapa pemain bola tampar remaja maafkan cikgu raih perhatian warganet, ini kronologi kejadian
ISU tampar pemain bola tampar remaja baru-baru ini menjadi perhatian ramai selepas ditampar jurulatih.
Menerusi video berdurasi 17 saat itu, dua pemain skuad bola tampar wanita Melaka Bawah 14 Tahun ditampar jurulatihnya.
Menjadi tular sekelip mata, warganet rata-rata mahu insiden berkenaan diadili sewajarnya.
Bagaimanapun, bapa salah seorang pemain, Abd Halim Bakar, 50, berkata, apa yang berlaku mungkin sedikit kesilapan jurulatih berkenaan namun mengakui tamparan yang dilakukan tidak sehingga mendatangkan kecederaan kepada anaknya yang berusia 14 tahun.
Malah katanya guru berkenaan membangunkan pasukan bola tampar dengan inisiatif dan wang sendiri.
Baca juga: Will Smith tampar pengacara Oscar seloroh isteri botak, berikut fakta alopecia areata dihidapi Jada
“Saya sebenarnya sudah memaafkan cikgu itu. Cikgu tersebut juga akan ingin bertemu dengan saya dan bapa seorang lagi pelajar. Saya tengok anak tidak ada kecederaan pada mukanya.
“Bagi saya tindakan itu biasa. Saya hendak tolong cikgu itu kerana beliau telah membangunkan bola tampar dengan sendiri. Dengan kawan-kawan menggunakan dana sendiri," katanya.
Malah katanya, beliau ikhlas memaafkan dan berkongsi akan jasa baik guru berkenaan melatih dan menaikkan nama skuad.
“Daripada anak saya tidak tahu bermain bola tampar sehingga anak saya boleh bermain sehingga ke peringkat negeri dan memperolehi tempat keempat bagi kategori bawah 14 tahun dan bawah 16 tahun.
“Beliau sudah menyumbang banyak dalam menaikkan nama negara, apabila berlaku ‘sedikit’ hendak menjatuhkan beliau sedangkan beliau sudah menaikkan nama Melaka sudah jauh,.
“Takkan kerana sedikit kesilapan kita hendak 'down' kan? Kalau hanya dengan sebab sedikit kita hendak 'down' kan dia mungkin kelab ini sudah tiada dan tidak wujud lagi.
"Kalau ikutkan 16 Disember lagi kami boleh buat laporan polis. Tetapi saya memang ikhlas, kita maafkan sebab anak saya pun tidak mahu mengambil tindakan,” katanya.
KRONOLOGI INSIDEN DUA PEMAIN REMAJA DITAMPAR JURULATIH
1-Baru-baru ini kes berkenaan menjadi perhatian selepas video memaparkan insiden berkenaan tular di laman sosial.
2-Jurulatih berkenaan bertindak menampar pemainnya dalam Kejohanan Bola Tampar Remaja B-14 bagi kategori perempuan pada 16 Disember 2022.
3-Dalam video yang disiarkan secara penstriman langsung di Facebook itu, jurulatih pasukan Melaka dilihat menampar dua pemainnya yang menyebabkan pasukan kehilangan mata sebelum tempoh rehat permainan.
4-Kedua-dua pemain itu seperti tergamam namun tetap meneruskan permainan yang menyaksikan Melaka tewas kepada Johor.
5-Timbalan Setiausaha Bahagian Seksyen Sukan, Bahagian Perancangan Strategik Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Dr Pekan Ramli menyifatkan tindakan jurulatih tersebut sebagai keterlaluan.
Baca juga: 9 fakta kes ibu didakwa cuai abai 3 anak selama 4 bulan, netizen luah sedih, tak puas hati
7-Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kemudian mengadakan satu sesi perjumpaan dengan ibu bapa pemain bola tampar berkenaan.
8-Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Melaka, VP Shanmugam berkata status jurulatih skuad bola tampar wanita Melaka Bawah 14 Tahun (B14) sama ada digantung atau tidak akan ditentukan Rabu selepas bertemu berjumpa dengan semua pihak termasuk wakil Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Majlis Sukan Negeri (MSN), Persatuan Bola Tampar Melaka, jurulatih dan ibu bapa serta pemain.
9-ShaNmugam berkata, insiden pada 14 Disember itu berlaku apabila jurulatih terbabit sedikit emosi apabila melihat prestasi pemainnya tidak mencapai tahap yang dimahukan pada hari pertandingan tersebut.
Baca juga: Pukul kanak-kanak sebagai hukuman… Ini pandangan Islam tentang pendekatan tersebut
9-Jelasnya, jurulatih itu juga telah berjumpa dengan ibu bapa pemain tersebut dan memohon maaf atas insiden terbabit.
10-Shanmugan mendedahkan pada satu peringkat, perkara berkenaan telah pun selesai dan tidak perlu dipanjangkan lagi.
Warga maya rata-rata menzahirkan pelbagai reaksi. Kebanyakannya mahu perkara itu diselesaikan dengan baik.
- “Saya sokong sikap ayah begini. Semoga anaknya mampu untuk menjadi pemain bola tampar lebih cemerlang lagi.”
- “Berpada-padalah, tetapi jika memudaratkan baru hendak ambil tindakan itu sudah terlambat pakcik.”
- “Ya, memang bagus saling bermaafan tetapi jurulatih berlainan jantina, bukan mahramnya.”
- “Tidak mengapa jika pemain pun sudah cakap begitu, jurulatih boleh berubah selepas ini.”
- “Bagi saya guru juga perlu diberi peringatan. Menampar muka dilarang dalam agama, supaya beringat kemudian hari”
- “Boleh maafkan tetapi jangan jadikan ia kebiasaan.”
Kanak-kanak berumur di bawah usia 18 tahun tertakluk kepada Akta Kanak-kanak 2001. Apapun pun semoga perkara ini diselesaikan dengan cara baik.
Baca juga: Atlet bola tampar Turki curi tumpuan, jelita persis ratu cantik
Sumber: Sinar Harian 1, 2
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang