Teringin melancong ke negara Arab? Ini 14 tempat menarik di Qatar
TERINGIN nak melancong ke negara Arab? Qatar adalah salah sebuah negara yang berada dalam Jazilah Arab.
Biarpun saiznya tidak terlalu besar, namun pengaruhnya amat kuat sehingga ia dikatakan sebuah negara yang membangun dan berkembang seiring dengan kemajuan dunia.
Qatar menjadi tarikan pelancong disebabkan kekayaan negaranya dalam industri gas dan minyak sekali gus menarik minat ramai pengunjung untuk bekerja, bermastautin dan bercuti.
Mana tidaknya, Qatar mempunyai tarikannya yang tersendiri dengan destinasi pelancongan yang sesuai untuk semua pelancong tidak kira umur.
Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di samping dapat melawat sebahagian daripada kawasan-kawasan tanah Arab itu.
Ini senarai 14 tempat manarik di Qatar;
1. Muzium Nasional Qatar (Qatar National Museum)
Muzium Nasional Qatar adalah sebuah tempat menarik di Qatar yang dahulunya merupakan istana kepada Sheikh Abdullah Al-Thani. Lihat sahaja reka bentuknya yang unik dan cantik, pasti anda terpegun dengan keindahan dan kecantikannya.
Pelbagai kawasan menarik untuk dilawati antaranya adalah dua buah restoran mewah yang boleh dikunjungi bagi menjamu selera, kafe, ruangan besar untuk diadakan aktiviti pameran, auditorium yang lengkap dengan 220 baris kerusi, taman yang mempunyai pelbagai jenis tanaman dan lain-lain lagi.
Dengan reka bentuk futuristiknya, anda dapat menghayati seni bentuk dan peninggalan sejarah masyarakat Qatar suatu masa dahulu. Ia adalah sebuah tempat percutian yang memberikan tarikan dan pelbagai maklumat kepada anda.
2. Gurun Safari (Desert Safari)
Desert Safari atau gurun safari ini umpama padang pasir yang luas namun terdapat sebuah pantai di sekelilingnya. Sebelum tiba ke pantai, anda mungkin akan melalui suasana padang pasir luas seperti dalam filem-filem mumia dan cerita arab yang lain.
Menariknya, kawasan ini amat luas sehinggakan boleh berlumba kereta dan pusing sepuas-puasnya dengan kereta.
Jangan risau, anda tak akan sesat. Untuk aktiviti yang menarik, berkhemah, berkelah, menaiki unta juga boleh dilakukan di sini.
Jika bercuti atas pakej, ia termasuklah makan, cruiser, pemandu dan penginapan di tengah gurun ini.
3. Khor Al-Adaid
Sama seperti gurun Safari tadi, Khor Al-Adaid juga merupakan tempat menarik di Qatar yang seakan-akan gunung pasir.
Bezanya, ia memiliki pasir halus berwarna putih dan air laut yang biru tua tenang. Suasana di sini lebih cerah dan tenang.
Pada malam hari, keindahan kerlipan bintang amat cantik untuk disaksikan manakala pada siang hari, cahaya dan angin yang mendatang memberi ketenangan dan kegembiraan selama berada di sini.
Aktiviti yang boleh anda lakukan di sini adalah menaiki kereta 4WD, bermain pasir, ski, berkhemah, berkelah dan lain-lain lagi acara. Ia bersesuaian dengan konsep padang pasir yang indah ini.
4. Pulau Buatan Palm Tree
Tempat unik ini memiliki banyak pokok palm di sekitar pulau yang menjadikan namanya disebut pulau palm tree. Ia merupakan tanaman khas bagi kawasan timur tengah.
Bentuk pulau ini juga amat unik dan sesuai dengan kemudahan yang ada.
Maklumlah, perusahaan yang menguruskan pulau ini juga amat besar dan merupakan syarikat kelas dunia iaitu Nakheel Properties. Anda boleh lihat sendiri pantai pulau ini yang asalnya adalah dasar Teluk Persia.
Kini, pulau ini lengkap dengan kemudahan seperti penginapan chalet, hotel, rumah, kawasan pejabat, gudang, vila, apartment, restoran, kedai-kedai dan banyak lagi. Apa sahaja yang anda cari dan perlukan, pasti ada di Qatar.
Baca juga Belanja anak-anak bercuti ke Hong Kong sekali-sekala. Ini 6 destinasi menarik di sana
5. Muzium Seni Islam (Islamic Art Museum)
Muzium Seni Islam Qatar ini amat cantik jika dilihat pada waktu malam dengan cahayanya yang indah dan menakjubkan. Pada siang hari, ia seakan berwarna putih.
Pemandangan sekitar amat indah sekali dengan adanya air terjun kecil di hadapan bangunan ini serta reka bentuk uniknya yang diambil dari pengaruh arkitektur Islam kuno.
Tempat menarik di Qatar ini memiliki nilai sejarah yang amat tinggi. Bukan sahaja kerana terdapat pelbagai pameran dan barang sejarah yang dipamerkan, tetapi kerana nilai bangunannya juga sangat membanggakan Qatar.
6. Souq Waqif
Suoq Waqif dikatakan tempat membeli belah di Qatar memandangnya terdapat pelbagai barang dijual. Sama ada barang rumah, karpet, pakaian, makanan, barang kraftangan, kain dan banyak lagi boleh anda dapatkan.
Namun yang menjadi perhatian pelancong adalah aneka kraf tangan, pakaian tradisional Qatar, cenderamata dan juga rempah ratus.
Ia bukan sahaja dibuka pada siang hari, tetapi pada malam hari juga terdapat jualan di sekitar sini. Anda juga boleh menyaksikan konsert muzik atau melihat galeri seni di Suoq Waqif. Menarik kan? Jom bawa pasangan atau keluarga.
7. Masjid Katara
Masjid Katara yang merupakan tempat menarik di Qatar ini selalu menjadi persinggahan para pelancong luar kerana keunikan dindingnya serta reka bentuk seni bina bangunannya yang unik.
Walaupun masjid ini tidak kurang besarnya, tetapi ia adalah pengaruh seni bina Islam dengan konsep campuran moden dan klasik.
Anda juga akan menemui galeri lukisan jalanan berhampiran masjid ini. Keunikan dan ketenangan di sini tidak dinafikan lagi sehingga ramai pelancong luar dan bukan Islam yang berkunjung amat terpukau dan mengakui ketenangan dan keseronokan berada di sini.
Baca juga DIY bercuti ke Switzerland bersama 3 orang anak, tak perlu khidmat pemandu pelancong
8. State Grand Mosque
Salah satu masjid di Qatar yang boleh dikunjungi ramai juga adalah State Grand Mosque. Biarpun ia adalah sebuah masjid, namun ia dikatakan sebagai tempat menarik di Qatar terbaik dan terkini boleh anda kunjungi.
Bagi orang bukan Islam, pasti teruja untuk melihat kecantikan masjid ini, bagi orang Islam pula, lakukanlah ibadah di sini bersama-sama para penduduk tempatan secara berjemaah. Jangan lepaskan peluang untuk beramal dan merasai suasana berada masjid ini.
9. Kaseem Darwish Fakhroo Islamic
Bangunan berbentuk spiral ini juga dikenali sebagai Qatar Islamic Cultural Center di mana ia bukanlah sebuah masjid semata-mata tetapi juga merupakan pusat pembelajaran ilmu Islam.
Keunikan dan kecantikan bangunan ini dari segi bentuk dan warnanya amat menakjubkan.
Tempat menarik di Qatar ini juga amat popular dan tinggi sekali. Jika anda berada di puncaknya, anda dapat melihat suasana “undertown” Qatar dari ketinggian tersebut. Nak singgah bersiar-siar di sini, bolehlah kutip ilmu dan tumpang solat sekali, tiada masalah.
Baca juga Percutian 4 hari 3 malam di Surabaya, puas jalan-jalan dan bergambar, kos hanya RM1,990 seorang
Kredit foto: depositphotos10. Corniche
Teringin nak bersantai di Qatar? Anda boleh berkunjung ke Corcniche yang merupakan persisiran pantai menghadap lautan dalam kawasan bandar.
Terdapat bangunan pencakar langit yang gah berdiri serta kesibukan kota. Namun, sedikit pun ia tidak mengganggu kecantikan dan keindahan kawasan Corniche kerana tempat ini dijaga dengan rapi, amat bersih, kemas dan selamat.
11. The Pearl, Qatar
Berkunjung ke The Pearl, Qatar ini akan membuatkan anda terasa seperti menjadi orang kaya. Biarpun cuma bersiar-siar, terdapat hotel yang mewah, restoran mewah serta pemandangan laut dan bot di pelabuhan The Pearl.
Nama tempat ini adalah mutiara, patutlah segala yang ada nampak high class. Ambillah pengalaman bersiar-siar , ia amat menyeronokkan dan pemandangannya juga menakjubkan.
12. KidzMondo, Doha
Seperti di Malaysia juga terdapat Kidzania, tetapi di Qatar, anda boleh kunjungi Kidzmondo. Anak-anak boleh bermain sambil belajar dengan menjadi sesiapa sahaja yang mereka mahukan seperti orang dewasa.
Sebagai contoh, anak-anak boleh bermain-main dengan menjadi seorang doktor, askar, ahli bomba dan lain-lain lagi.
13. Zekreet Beach
Zekreet Beach sesuai dilawati oleh seseorang yang ingin bergambar dan menghasilkan video. Pemandangannya amat indah tetapi ia terletak agak jauh dan jalannya berbatu-batu.
Mungkin anda perlu menaiki kereta 4×4 untuk sampai, keadaan juga agak panas, sediakan makanan dan minuman sekali jika anda datang ke sini. Sukar untuk anda menemui kedai di kawasan Zekreet Beach ini.
Baca juga Percutian bajet untuk 7 destinasi luar negara, pemuda ini kongsi tip menarik
14. Mall of Qatar
Mall of Qatar ini juga dikategorikan sebagai tempat menarik di Qatar yang membolehkan anda membeli belah. Pusat beli belah yang besar ini menawarkan pelbagai barangan kepada anda daripada barang berjenama sehinggalah yang tidak anda kenali.
Apa sahaja yang anda cari, mungkin akan ditemui di sini terutamanya barang yang ingin dibawa pulang sebagai cenderamata.
Jadi apa lagi? Musim cuti sekolah pun dah tiba. Bolehlah luangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan di Qatar.
Sumber: ammboi.my, wikipedia, qatarliving.com
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang