HIDUP pada era milenial memang agak mencabar. Maklum sahajalah, maklumat mudah diterima dan diakses di mana-mana.

Ia termasuklah cerita pasal peribadi yang kadangkala tanpa sengaja dijaja. Mudah sahaja orang mengesan keberadaan kita andai kita silap percaturan.

Secanggih mana pun teknologi pada hari ini, masih ada lagi segelintir orang yang percaya kepada perkara khurafat dan sihir.

Malah, ada yang tergamak menyihir kenalan mahupun saudara sendiri gara-gara sifat hasad dengki dan selainnya. Barangkali kerana sisi kebahagiaan yang ditonjolkan di media sosial mengundang padah kepada diri.

Tanpa sedar, kita sudah terkena sihir dan seumpamanya.

Bagaimanakah cara untuk kita membatalkan sihir yang dilakukan oleh orang lain kepada kita?

(Artikel berkaitan: Apa itu sihir pengasih dan tanda-tandanya?)

Pendakwah Ahmad Dusuki Abd Rani menjelaskan, ada beberapa amalan yang boleh dilakukan untuk kita membatalkan sihir berkenaan.

USTAZ AHMAD DUSUKI

Beliau turut mengajarkan sepotong doa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW.

Doa itu berbunyi: As’alullahal ‘azim, rabbul ‘arsyil karim ai yashfiyani (Aku memohon kepada ALLAH yang MAHA AGUNG, Tuhan Arasy yang agung, supaya menyembuhkan aku).

Iklan

Amalan batalkan sihir

Selain itu, Ahmad Dusuki berkata, kita juga boleh mengamalkan bacaan ayat al-Quran iaitu tiga qul melibatkan Surah al-Falaq, al-Ikhlas dan an-Nas.

"Tiga qul itu menjadi pelindung daripada gangguan sihir dan sebagainya.

Amalan batalkan sihir

"Pada masa sama, sentiasalah berwuduk untuk menyelamatkan diri kita daripada disihir," katanya sebagaimana dipetik menerusi video TikTok yang dikongsikan dalam Instagram miliknya baru-baru ini.

Iklan

Seperkara lagi, agamawan itu turut menyarankan kita melazimi bacaan ayat-ayat al-Quran, di samping berzikir dan seumpamanya.

"Semua kalimah-kalimah itu akan membatalkan, kekuatan sihir tadi.

"Ia termasuk juga andai kita baca Lailaha illallahu wahdahu la syarikalah, lahul mulku wa lahul hamd, wa huwa ‘ala kulli syai in qadir (Tidak ada Tuhan selain ALLAH, tidak ada sekutu bagi-NYA, milik-NYA segala kekuasaan dan bagi-NYA segala pujian. DIA MAHA KUASA atas segala sesuatu).

Amalan batalkan sihir

"Apabila kita keluar rumah, jangan lupa membiasakan diri dengan membaca Bismillahi tawakkaltu ‘alallah, wala haula wala quwwata illa billah (Dengan nama ALLAH, aku bertawakal kepada ALLAH, tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan-NYA)," katanya.

Justeru, amalkanlah semua doa, zikir dan ayat al-Quran yang diajar oleh pendakwah itu.

Semoga kita semua mendapat perlindungan daripada ALLAH SWT daripada sebarang makhluk yang cuba berbuat tidak baik kepada diri kita.

Sumber: Instagram @ustazahmaddusuki

Foto: Freepik