Nota kakak bongkar penemuan adik 4 tahun maut dalam peti sejuk, mangsa dera kekasih ibu

Iklan
8

ANAK adalah penyambung zuriat dan pewaris sesebuah keluarga. Benarlah bahawa kanak-kanak ibarat kain yang putih, kita sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab 'mencorakkan' mereka.

Kanak-kanak berhak disayangi dan diberikan perhatian. Ibu bapa dan orang disekeliling berperanan memastikan keselamatan anak kecil walau di mana sahaja mereka berada.

Iklan
Iklan

Ironinya, apa yang berlaku ibarat harapkan pegar, pegar makan padi.

Seperti yang berlaku di Las Vegas ini yang mana seorang ibu terpaksa menerima kenyataan anak bongsunya pergi buat selama-lamanya di tangan kekasih hati.

Iklan

Lebih menyedihkan, mayat kanak-kanak itu ditemui di dalam peti sejuk di rumah mereka selepas dipisahkan secara paksa oleh teman lelaki ibunya sejak 11 Disember lalu.

[caption id="attachment_73982" width="800"] Mason bersama ibu dan kakak. Bapanya telah meninggal dunia pada 2019 kerana jangkitan paru-paru.[/caption]

Iklan

Baca juga: Sampai hatimu ibu! Demi kekasih, anak 3 tahun ditinggalkan seminggu maut

Nota tersebut diterima guru sekolah dan kemudian diserahkan kepada polis.

Polis kemudian bertindak menyerbu kediaman mereka dan menjumpai mayat, Mason Dominguez, 4, dipercayai telah disimpan di dalam peti sejuk beku itu sejak enam minggu lalu.

Kekasih ibu yang berhati binatang, Brandon Toseland, 35, bertindak kejam menyimpan mayat anak teman wanita di dalam peti sejuk di bahagian garaj.

Baca juga: [VIDEO] Tergamaknya, kanak-kanak 3 tahun berdepan detik cemas dicampak ibu ke dalam kandang beruang

"Nota itu menunjukkan bahawa ibu itu didera dan diperlakukan di luar kehendaknya. Dia juga menyatakan tidak mengetahui keberadaan anak lelakinya," kata Jabatan Polis Metropolitan Las Vegas Lt. Ray Spencer kepada pemberita NBC.

Menurut polis, apabila penyiasat sampai ke rumah mangsa di Saddle Brook Park Drive, perkara pertama yang diminta ibu itu ialah mencari anak lelakinya yang dikhuatiri mati.

Toseland menghalang teman wanitanya meninggalkan rumah atau memasuki garaj yang menempatkan peti sejuk berkenaan.

Penemuan mengerikan di timur laut Las Vegas itu turut menggemparkan penduduk setempat. Mereka seolah-olah tidak percaya dengan apa yang berlaku.

"Saya pernah melihat Toseland semasa menghantar dan menjemput anak-anak dari sekolah. Dia kelihatan biasa. Bagaimanapun saya tidak pernah teman wanitanya,'"kata Brian Easy.

Lebih menyedihkan, menurut polis mayat Mason didapati mengalami pelbagai kecederaan berkemungkinan telah didera.

Tidak sanggup rasanya mendengar kekerasan dilakukan kepada kanak-kanak. Pada peringkat pra sekolah mereka memerlukan perhatian dan bantuan keluarga untuk terus membesar dan berdikari.

Semoga kes Mason ini mendapat keadilan sewajarnya dan pelaku diberikan hukuman setimpal.

Baca juga: Wanita pelik ketiak bengkak penuh susu selepas lahir bayi kembar tiga, rupanya…

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber: NBC, Daily Mail