RAMAI didakwa membenci dan tersinggung kerana keadaan yang dialaminya. Aktor popular, Brad Pitt disyaki mengalami sejenis penyakit dikenali sebagai ‘buta muka’ yang menyukarkan dia mengecam orang lain.
Malah penyakit yang tidak didiagnosis itu dikatakan sebagai punca dia menyendiri dan kelihatan seperti mementingkan diri sendiri.
Aktor yang pernah memenangi Oscar itu memberitahu GQ dia mungkin mengalami prosopagnosia atau ‘buta muka’.
Baca juga: Brad Pitt bimbang anak-anak berpotensi dijangkiti Covid-19 kerana Angelina Jolie
[caption id="attachment_85405" width="800"] Brad Pitt semasa awal kemunculannya pada tahun 1987.[/caption]
Baca juga: Nikmati rasa kopi sebenar dengan pilihan Brad Pitt dari De’Longhi
National Institutes of Health mentakrifkan prosopagnosia sebagai gangguan neurologi yang menyebabkan ketidakupayaan untuk mengenali wajah.
Pitt, 58, berkata dia mahu mengingati wajah orang ramai namun kecewa apabila dia tidak mampu berbuat demikian.
"Tiada siapa percaya saya!" katanya.
Baca juga: Bruce Willis bersara akibat aphasia, berikut fakta penyakit dihadapinya
Kira-kira 2 peratus manusia di dunia mengalami prosopagnosia. Prosopagnosia tidak berkaitan dengan masalah hilang ingatan, gangguan penglihatan, atau ketidakupayaan pembelajaran.
Ia bagaimanapun boleh terjadi disebabkan oleh strok, kecederaan otak atau kecacatan sejak lahir (genetik).
Insider melaporkan bekas suami aktres Angelia Jolie dan Jennifer Aniston itu pernah membuat spekulasi mengenai prosopagnosia.
Baca juga: Hanya 14 di dunia, bayi senyum kekal ‘rare’ jadi TikToker
Dalam temu bual 2013 dengan Esquire, dia mengaku telah menyinggung hati ramai individu berpunca daripada kesukarannya mengingati wajah orang yang ditemui.
Kerjaya Pitt bersih dan bebas daripada ‘drama’ sehingga terpalit kontroversi ekoran perpisahannya dengan Angelina Jolie. Berikutan perpisahannya, Pitt berkata dia mengalami kebergantungan kepada alkohol dan semakin pulih.
Pitt pernah memberitahu Esquire pada tahun 2013 bahawa dia merancang untuk menjalani ujian prosopagnosia.
Baca juga: Sindrom Treacher Collins jarang berlaku, ini fakta penting yang perlu ambil tahu
National Institutes of Health menyenaraikan gajala prosopagnosia boleh melumpuhkan sosial seseorang seperti berikut;
-Individu yang mengalami masalah itu sering mengalami kesukaran untuk mengenali ahli keluarga dan teman rapat walaupun sering bertemu.
-Mereka sering menggunakan cara lain untuk mengenal pasti seseorang seperti melalui suara, pakaian atau sifat fizikal yang unik.
-Kanak-kanak yang mengalami prosopagnosia kongenital sukar mengenali wajah sejak kecil.
Rawatan prosopagnosia disediakan kepada pesakit yang mengalami strok atau trauma otak. Mereka dilatih menggunakan petunjuk lain untuk mengenal pasti individu.
Baca juga: Sindrom Hunter: Penyakit genetik, sinonim dengan lelaki
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan