USIANYA baharu 13 tahun, namun telah melayakkan diri untuk ke universiti. Lebih membanggakan, Alena Analeigh Wicker mengambil jurusan perubatan dan bakal bergelar doktor pada usia 18 tahun.
Alena, 13 dari Texas, Amerika Syarikat ialah pelajar kulit hitam termuda yang diterima masuk ke sekolah perubatan. Alena diterima masuk ke kelas Sekolah Perubatan Heersink, Universiti Alabama pada Jun 2024 pada usia 10 tahun lebih muda daripada pelajar perubatan biasa.
Baca juga: Anak gagap bercakap sering dipersendakan. Ibu bapa perlu ambil langkah awal atasinya
Baca juga: Nak anak bakal lahir cantik dan bijak, betul ke ibu kena baca surah tertentu?
Difahamkan, pemilihan ke sekolah berkenaan sangat selektif dan ketat.
Tidak hanya itu, gadis berkenaan sedang bekerja keras bagi pengajian Sarjana Muda Sains Biologi di dua universiti iaitu Universiti Oakwood dan Universiti Arizona.
"Apakah umur, anda tidak terlalu muda untuk melakukan apa-apa. Saya rasa saya telah membuktikan kepada diri bahawa saya boleh melakukan apa sahaja yang saya letakkan di hati dan fikiran saya,” kata Alena kepada The Washington Post.
Baca juga: Kanak-kanak perempuan genius seni jadi guru cilik di sekolah, kumpul lebih 800 piala juara
[caption id="attachment_87610" width="1024"] Alena dan ibu angkatnya, Daphne McQuarter[/caption]
Rupanya Alena adalah anak angkat yang telah dijaga seorang wanita, Daphne McQuarter. Menjaga anak genius itu sejak kecil, McQuarter tahu anak perempuannya istimewa sejak berusia tiga tahun.
Alena dikatakan sangat pintar pada tahun-tahun awal persekolahan sehingga McQuarter terpaksa mengajarnya di rumah (home school) untuk mengelakkan dibuli.
Menjelang gred lima dia kembali ke sekolah. Daripada mempelajari silibus biasa, Alena mula menumpukan kepada kurikulum sekolah menengah lanjutan.
Baca juga: Agong ucap tahniah, Cikgu Khalifa raih Anugerah Cambridge
[caption id="attachment_87611" width="1024"] Alena bekerja keras menamatkan dua ijazah sains biologi di dua universiti[/caption]
"Saya bosan. Kerja sekolah menengah adalah sangat mudah ehingga saya akhirnya menamatkan pengajian sekolah menengah pada usia 12 tahun,” kata Alena.
Bagaimanapun, Alena memutuskan untuk beralih dari kejuruteraan kepada bidang biologi.
[caption id="attachment_87612" width="1024"] Seperti remaja baisa, Alena meminati Lego[/caption]
"Bidang kejuruteraan bukanlah bidang yang saya minati. Saya fikir imunologi virus datang daripada semangat saya untuk menjadi sukarelawan dan menyumbang kepada dunia.
"Apa yang saya mahu dalam bidang perubatan ialah mencari penawar untuk virus-virus,” katanya bersemangat.
Alena memberitahu Washington Post minat terhadap biologi bercambah selepas hanya satu kelas.
SIAPAKAH KANAK-KANAK GENIUS?
Potensi kanak-kanak bijak sebenarnya boleh dilihat sejak usianya mencecah dua tahun.
Kebiasaannya kanak-kanak ini akan menunjukkan beberapa ciri yang boleh dijadikan panduan kepada ibu bapa.
Anak genius adalah anak yang mempunyai kemampuan melebihi kanak-kanak lain seusianya. Bagi mengesahkan tahap kecerdasan anak, ibu bapa boleh membawa si kecil untuk melakukan ujian IQ ketika berusia tiga tahun.
Kanak-kanak yang memiliki IQ 130 atau lebih dikategorikan sebagai anak genius. Pun beitu, walaupun tinggi tahap kecerdasannya, dia tetap perlu mendapat rangsangan dan bimbingan untuk mengoptimumkan kebolehan.
Di Malaysia, ujian saringan Pencarian Murid Pintar dan Berbakat dilakukan saban tahun oleh Kementerian Pendidikan bagi menyertai program-program di Kolej Genius@Pintar Negara, Kolej GENIUS Insan dan Akademi Sains Pendang.
Sumber: Daily Mail
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.