HANYA kerana cemburu dan perselisihan faham, seorang wanita di Turki maut di tangan teman lelaki dalam satu insiden tragis.
Mehlika Derici, 35, seorang pakar kecantikan dan teman lelaki Selcuk Cetiner, 41, pada awalnya keluar menyambut ulang tahun kelahiran rakan mereka, Merve, 32, di sebuah restoran.
Pasangan itu terus minum sambil meneroka pemandangan indah Asiklar Tepesi yang juga dikenali sebagai Bukit Kekasih pada 6 Ogos.
Namun suasana berubah menjadi buruk selepas kedua-duanya mula bertengkar dipercayai didorong rasa cemburu.
Baca juga: Kes noda wanita 28 tahun lalu akhirnya terbongkar, anak bantu ibu heret suspek ke pengadilan
Menurut saksi kejadian, Cetiner telah menolak Mehlika hingga rebah. Lelaki itu kemudian didakwa menjerit "Jika kita mati, kita mati bersama."
Sebelum Mehlika bangkit, lelaki itu merangkul pinggang Mehlika dan terjun dari tebing setinggi 25 meter (82 kaki) bersama-sama.
Mayat mereka dibawa ke bilik mayat di Hospital Awam Marmara Ereglisi manakala telefon bimbit pasangan itu dianalisis. Terdapat laporan mengatakan Mehlika adalah ibu kepada dua cahaya mata.
Pembunuhan wanita adalah masalah yang semakin meningkat di Turkiye. Menurut Laporan Data Tahunan 2021 oleh 'We Will Stop Femicide Platform', 280 wanita dibunuh oleh lelaki pada 2021 manakala 217 wanita ditemui mati dalam keadaan mencurigakan.
Baca juga: Gara-gara silap ‘copy-paste’ wanita ini tak sengaja miliki 84 rumah bernilai RM2 bilion sekelip mata
Baca juga: 54 tahun berumah tangga, wanita 70 tahun akhirnya timang anak pertama
7 TIP PASANGAN PANAS BARAN
-Berjumpa apabila perlu sahaja.
-Jangan melakukan provokasi yang boleh menimbulkan rasa marah atau situasi tegang.
-tertenang dan elakkan daripada melawan.
-Alih pandangan dan perhatian.
-Ajaknya untuk melakukan aktiviti bersama.
-Mendengar keluhan jika bersesuaian.
-Menjadi pendengar dan galakkan mereka meluahkan perasaan.
Baca juga: Sakit perut 2 tahun, seperti hamil, wanita rupanya alami ketumbuhan ovari 35kg, diameter 40cm
Baca juga: Kejam! Wanita maut teman lelaki gilis dengan kereta berulang kali
Sumber: Daily Star
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan