SONNY Bill Williams, bekas bintang ragbi New Zealand dan tinju menzahirkan kegembiraan apabila isterinya, Alana Raffie memperbaiki penampilan sebagai Muslim.
Sebagai suami, lelaki itu rasa bertuah apabila melihat isteri mula berhijab tanpa paksaan tetapi melakukannya semata-mata memenuhi seruan ALLAH.
Williams, 37, memeluk Islam pada tahun 2009 merupakan pemain ragbi Muslim pertama di dalam pasukan All Blacks.
Beliau berkongsi sekeping foto memaparkan mereka sekeluarga yang memaparkan Alana dengan imej baru dengan memakai baju berlengan panjang dan bertudung.
Baca juga: Rambut wanita yang dipotong tetap aurat. Tak boleh diperlihatkan pada orang lain sesuka hati
Baca juga: Ramai ingat suara wanita itu aurat, tapi sebenarnya…
"Isteri saya seorang hijabi! Alhamdullilah isteri saya mengambil keputusan untuk bertudung. Ini adalah detik paling membanggakan dalam hidup saya. Istimewanya beliau telah melakukannya untuk ALLAH SWT dan bukan orang lain. @lanamarieewilli Semoga yang Maha Tinggi sentiasa mengurniakan anda kesihatan yang baik, hikmah dan kebahagiaan,” titip Williams buat isteri tersayang.
Baca juga: (VIDEO) Tip penjagaan rambut wanita berhijab
Baca juga: Pecah tradisi dunia, Khadija Omar wanita berhijab pertama sertai Miss World
[caption id="attachment_90006" width="800"] Ibu Williams memeluk Islam selepas kejadian tembakan rambang Christchurch 2019[/caption]
Pada tahun 2018, foto Williams menunaikan umrah menarik perhatian ramai.
Beliau melebarkan sayap dalam sukan tinju pada tahun 2009 ketika masih bersama All Blacks dan memenangi gelaran heavyweight International WBA pada 2013.
Berehat enam tahun dari gelanggang selepas memenangi pertarungan profesional ketujuhnya pada 2015, Williams membuat kemunculan semula pada tahun lepas.
Baca juga: Hijrah Lisa Surihani begitu menawan dengan jubah rona merah manggis menutup aurat
Sumber: Instagram Sonny Williams
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan