Tragedi cuti sekolah, kanak-kanak lemas sauk ikan di tali air, 6 tip ini mak-mak perlu waspada

Iklan
3

CUTI sekolah adalah waktu yang dinanti-nantikan kanak-kanak untuk melakukan aktiviti yang diminati. Namun tiada siapa menduga, ia adalah detik terakhir bagi seorang kanak-kanak perempuan di Jabi, Terengganu ini.

Lebih menyayat hati, adiknya sendiri menyaksikan kejadian kanak-kanak berkenaan terjatuh dan lemas.

Iklan
Iklan

Berikut kronologi kejadian yang dikongsikan Ketua Polis Daerah Besut, Supt Abdul Rozak Muhammad.

Baca juga: Ibu reda Eril pergi, 14 hari baru ditemui, ini kronologi pemuda lemas di Switzerland

Iklan

Baca juga: [VIDEO]Pengantin baru sedang hotoshoot terjun selamatkan budak hampir lemas dipuji warganet

[caption id="attachment_91804" width="587"] Ketua Polis Daerah Besut, Supt Abdul Rozak Muhammad (Kredit foto: Bernama)[/caption]

Iklan

1-Mangsa Saidatul Insyirah Abdul Muin, 10, yang mempunyai masalah pembelajaran dikatakan pergi ke tempat kejadian bersama dua yang lain termasuk adiknya, Saidatul Fatimah untuk menyauk anak ikan.

3-Abdul Muin segera ke lokasi kejadian anaknya yang terletak kira-kira 500 meter dari Sekolah Pondok Raudhatul Muhammad, tempat mereka tinggal.

4-"Terdapat pelajar sekolah pondok tersebut terjun ke dalam tali air itu untuk membantu mencari mangsa sebelum menemukan mangsa tidak lama kemudian,” katanya.

Baca juga: Kanak-kanak disangka lemas rupa-rupanya dibunuh kejam keluarga sendiri. Ini kronologi kes Logan Mwangi

Baca juga: Badan keras, membulat masa ditemui, lelaki kongsi detik cemas isteri lakukan CPR selamatkan anak lemas

5-Abdul Rozak berkata Saidatul Insyirah dibawa naik ke darat dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum dikejarkan ke Klinik Kesihatan Jabi oleh bapanya untuk mendapatkan rawatan.

6-Bagaimanapun, pemeriksaan pegawai perubatan di klinik kesihatan tersebut mendapati kanak-kanak itu telah meninggal dunia.

7-Mayat mangsa kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Daerah Besut kira-kira 6.40 petang tadi untuk bedah siasat. Siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

8-Saidatul Insyirah merupakan murid kelas Program Pendidikan Khas Intergrasi (PPKI) Sekolah Kebangsaan Tempinis, Jerteh, Terengganu.

Sebanyak 16 peratus ibu bapa membenarkan anak bebas di tasik, 13 peratus bermain di pantai dan laut dan lebih 37 peratus membenarkan anak bermain di rumah, hotel dan kolam tanpa pengawasan orang dewasa.

Baca juga: Kanak-kanak lemas dalam kolam buatan sendiri, ibu bapa ambil iktibar awasi anak

Baca juga: Budak lemas depan mata, gagal kesan mak ayah. Perkongsian pemuda kongsi buka mata ramai

Sama-samalah kita mengambil iktibar daripada kejadian ini. Kawasan seperti sungai atau laut adalah berbahaya. Justeru lakukan tip ini:

  • Elakkan dari membiarkan anak bermain sendirian berhampiran air.
  • Ajar anak untuk mengenali tanda bahaya.
  • Pastikan anak sentiasa memakai pelampung jika berada di dalam air.
  • Berikan pakaian yang bersesuaian kepada anak.
  • Waspada dengan kedalaman air.
  • Sentiasa memantau keadaan anak.

Selain itu, kemahiran melakukan resusitasi kardiopulmonari (Cardiopulmonary Resuscitation – CPR) perlu dimiliki bagi menghadapi situasi mencemaskan seperti lemas.

Baca juga: Gugurnya wira negara, Lans Koperal Mohamad Azrin lemas ketika latihan, berikut kronologi kejadian

Baca juga: "Aku leka, aku cuai"-Ibu kesal anak lemas, tinggal tak sampai seminit. Kongsi tip kecemasan

Sumber: Bernama

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan