GARA-gara dibawa ibu bapa mendaki gunung hingga sesat selama dua hari, seorang kanak-kanak berusia tiga tahun mengalami hipotermia.
Anak kecil bernama Muhamad Gifari dari Minahasa Tenggara, Sulawesi Utara itu mengalami kesejukan selepas tersesat bersama ibu bapanya ketika menyertai pendakian Gunung Soputan setinggi 1,785 meter yang terletak di Kabupaten, Sumatera Utara, Indonesia.
[caption id="attachment_93654" width="800"] Mangsa ditemui pasukan SAR bersama ibu bapa. (Kredit foto: Liputan 6)[/caption]
Baca juga: Bayi 8 bulan di ambang maut, tertelan pengetip kuku 15 cm dalam kerongkong
Baca juga: Ibu bapa sibuk berkaraoke, tak sedar anak jatuh dari tingkat 3 hotel
"Pasukan Search and Rescue (SAR) menemui pendaki-pendaki terbabit di tepi laluan. Mereka sedang berehat kerana kanak-kanak berkenaan mengalami gejala hipotermia,” katanya.
Pasukan SAR kemudian dikerahkan untuk memulakan pencarian mangsa.
"Pasukan penyelamat mempercepatkan pencarian kerana terdapat mangsa kanak-kanak kecil yang menyertai pendakian,” katanya.
Bagaimanapun, pasukan itu hanya menemui pendaki-pendaki yang hilang sekitar jam 8.00 pagi dalam ditemui dalam keadaan sihat.
"Pasukan SAR segera membawa turun memindahkan mangsa-mangsa termasuk kanak-kanak. Kanak-kanak itu mengalami simptom hipotermia,” katanya.
Liputan 6 menerusi saluran YouTube mengingatkan agar para pendaki mempersiapkan diri, mengenal pasti laluan pendakian dan mengelakkan daripada membawa anak kecil.
Baca juga: Umur 23 tahun sudah punya 11 bayi, ibu muda ini bergilir-gilir tugas urus anak dengan suami
Baca juga: Bayi 6 bulan maut, gigih dibawa bapa 12 jam menaiki motosikal untuk tonton bola sepak
LIMA INFO HIPOTERMIA
[caption id="attachment_93655" width="800"] Kredit foto: Pexels[/caption]
1-Hipotermia adalah keadaan yang berlaku apabila badan kehilangan haba lebih cepat daripada penghasilkan haba.
2-Ia berlaku apabila suhu badan jatuh di bawah 35 darjah Celcius (95 °F). Suhu badan manusia yang normal adalah kira-kira 37 darjah Celcius (98.6 ° F).
4-Ia banyak terjadi kepada bayi, kanak-kanak dan warga emas
5-Simptom-simptom dan tanda-tanda bagi hipotermia adalah seperti berikut:
1. Suhu badan jatuh di bawah 35 darjah Celcius
2. Kerap menggigil
3. Pertuturan yang tidak jelas
4. Bibir biru
5. Kulit menjadi kemerah-merahan terang atau sejuk (pada bayi).
6. Pernafasan cepat dan perlahan
7. Keliru atau hilang ingatan
8. Nadi lemah
9. Mengantuk atau kurang bertenaga
10. Komplikasi termasuk luka beku seperti gangren.
Ibu-ibu, berwaspadalah membawa anak kecil melakukan aktiviti rekreasi ekstrem atas faktor keselamatan. Malang tidak berbau, berwaspadalah!
Baca juga: Ibu bapa pergi gathering, tergamak tinggal jasad bayi ‘membusuk’ di rumah
Sumber: Detiknews, Dr Zubaidi Ahmad