CUCI longkang, angkut sampah dari dalam sungai, demikian adalah antara aktviti sukarela yang dilakukan anak-anak muda di Indonesia. Ia malah dikatakan warganet sebagai konten yang jarang dihasilkan warga maya.
Tidak seperti kandungan TikTok yang selalunya berbentuk humor, video berdurasi 2 minit 18 saat itu memaparkan kegigihan masing-masing tekun bekerjasama mengeluarkan sampah sarap dari sebatang sungai.
Sekumpulan anak muda yang menamakan diri mereka sebagai Pandawara melakukan aktviti seperti pekerja pembersihan mengeluarkan longgokan sampah sarap daripada sungai agar sistem saliran tersebut lancar.
Tanpa menggunakan peralatan canggih, sampah-sarap yang terapung pada permukaan sungai dikaut dan dikutip menggunakan tangan sebelum dimasukkan ke dalam plastik sampah dan dibawa ke kawasan pelupusan sampah.
Baca juga: Siap sedia, peralihan monsun 3 Oktober hingga November berpotensi banjir, ini info wanita perlu tahu
Tidak kurang pula yang berharap perkara positif sedemikian menjadi ikutan di laman sosial dan meminta mereka mempertingkatkan keselamatan diri dengan memakai pelitup muka dan pakaian yang selamat.
-"Kalau tidak mampu jadi seperti mereka, janganlah buang sampah merata-rata cintailah sungai kita."
-"Terima kasih saudara di sana kami di Malaysia mendoakan semoga dipermudahkan segala urusan amin."
-"Pergerakan anak muda seperti ini sepatutnya menjadi trend."
-"Cuba pakai pelitup muka pula lepas ni ya."
-"Secara tak langsung mereka berkhidmat untuk manusia, haiwan dan alam. Semoga ALLAH balas perbuatan baik kalian ini."
-"Anak-anak muda ini patut menerima penghargaan."
Baca juga: Campak sampah sampai pecah kereta orang, perkongsian wanita ini bikin ramai panas hati
Mula memuat naik video pada 22 Ogos, kini 35 video telah dikongsi.
Aktiviti pembersihan anak-anak muda itu tidak terhad di kawasan sungai sahaja malah turut dilakukan di kawasan padang awam dan air terjun.
Sampah sarap yang mengotori sistem saliran menjadi salah satu punca ia tersumbat hingga tidak mampu menampung jumlah air hujan yang banyak.
Hal ini akan mencetuskan bencana banjir kilat seterusnya mengakibatkan kemusnahan harta benda.
Tidak hanya pihak berkuasa tempatan yang perku menjalankan kerja-kerja pembersihan, kesedaran menguruskan sampah sarap dengan betul perlu dipupuk dalam masyarakat bagi mengelakkan situasi tidak sihat ini.
Baca juga: Sukarelawan meninggal tika menabur bakti dalam Ops Banjir, pemergian dicemburui hari Jumaat
Sumber: TikTok pandawaragroup
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi