MAJLIS persandingan diraja Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Azemah Ni'matul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah dengan Yang Amat Mulia Pengiran Muda Bahar ibni Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah, di Balai Singgahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman mempamerkan keunikan dan kekayaan tatasusila serta adat istiadat diraja Brunei yang diamalkan sejak zaman-berzaman.
Majlis istiadat tersebut dihiasi Dian Alam Bernaga dan Dian Empat serta empat Dian Bunga, yang diletakkan di kiri kanan pintu Balai Singgahsana Indera Buana termasuk Nasi Tumpang Pengantin Diraja Perempuan dan Nasi Tumpang Pengantin Diraja Lelaki yang sedia diletakkan di tempat yang ditentukan.
Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam, didahului oleh Penglima Diraja yang membawa Pemuras serta Karga, dan Penglima Asgar yang membawa Kelasak dan Kampilan serta diiringi oleh Pembawa-pembawa Alat-alat Perhiasan Tunggal.
Penuh istiadat, persandingan pengantin diraja dimulakan dengan bacaan selawat oleh Mufti Kerajaan diiringi dengan tembakan meriam sebanyak 17 das dan doa selamat.
Baca juga: [25 FOTO] Berlangsung 10 hari, perkahwinan diraja puteri Sultan Brunei jadi tumpuan dunia
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Mateen kemudian menjunjung anugeraha untuk menjunjung kedua-dua Pengantin Diraja berangkat dari majlis.
Terdahulu, istiadat perkahwinan diraja Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah yang berlangsung bermula 16 Januari hingga 25 Januari 2022 menjadi perhatian dunia.
Baca juga: Terkini dan kontemporari, busana indah mempelai diraja Brunei rupanya direka Bernard Chandran
Sumber: Jabatan Penerangan Brunei Darussalam, Pelita Brunei, Media Permata Brunei
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi