LINDUNGI adik walau di mana sahaja berada sememangnya sifat semula jadi bagi seorang kakak. Sedang seluruh dunia tertumpu kepada bencana gempa bumi magnitud 7.8 di Turkiye dan Syria, rakaman video kanak-kanak ini menjadi perhatian warga maya.
Rakaman dikongsikan wartawan Almosa Zuher di Twitter tular menjadi meruntun perasaan warganet.
Ketika dalam usaha mencari dan menyelamat (SAR) di Idlib dan Aleppo, Syria, pasukan penyelamat menemui dua kanak-kanak di bawah runtuhan bangunan.
Kanak-kanak perempuan yang sedang terperangkap dengan adiknya merayu untuk dikeluarkan dari runtuhan dan rela diri dijadikan hamba.
Kedua-duanya yang dilaporkan terperangkap selepas bumbung rumah mereka runtuh susulan gempa bumi. Dua beradik itu hanya ditemui selepas 17 jam dalam keadaan yang lemah.
Kata-kata kanak-kanak itu memberi tamparan kepada dunia bahawasanya kedua-dua mereka mungkin beranggapan runtuhan rumah mereka adalah disebabkan serangan dan bukannya kesan gempa bumi.
[caption id="attachment_106066" width="710"] Kredit: Twitter Omid Memarian[/caption]
Baca juga: Dikenali Turkiye sejak 2022, ini sebab kenapa Turki tukar nama
Syria yang berdepan dengan isu perang, pemberontakan, dan pelarian yang berlarutan sejak lebih satu dekad lalu merumitkan usaha SAR.
Bagi masyarakat di Syria yang berdepan perang, pemberontakan dan pelarian yang berlarutan sejak lebih satu dekad lalu, mereka mungkin sudah bersedia dengan pelbagai risiko serangan atau pengeboman pada bila-bila masa.
Baca juga: Panjang umur, 2 hari tertimbus runtuhan gempa bumi, budak 5 tahun ditemui hidup. 15 info perlu tahu
Sumber:" target="_blank" > Twitter Zuher Almosa
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.