'Bayi ajaib' dinamakan Aya, kisah kelahirannya pada hari gempa bumi menyentuh hati dunia

Iklan
1

BAYI ajaib, itulah gelaran yang diberikan buat bayi perempuan yang dilahirkan di bawah runtuhan gempa bumi di bandar Jindires di barat laut Syria.

Diselamatkan beberapa jam selepas gempa bumi bermagnitud 7.8 dalam keadaan selamat masih hidup, Aya ditemui masih berhubung dengan tali pusatnya kepada ibunya, Afraa.

Iklan
Iklan

Ibunya bersalin sejurus selepas bencana itu melanda dan melahirkan anak sebelum dia meninggal dunia.

Bapa Aya, Abdullah, empat adik beradik dan ibu saudaranya meninggal dunia.

Iklan

Baca juga: Sedihnya! Bayi baru lahir masih bertali pusat diselamatkan, seluruh keluarga maut dalam gempa bumi Turkiye

Iklan

Pakar kanak-kanak Hani Maarouf, berkata bayi yatim piatu itu telah dinamakan Aya, dieja sebagai آية yang bermaksud ‘menakjubkan’ atau ‘hebat’ di dalam bahasa Arab.

Masya-ALLAH sememangnya ajaib, si kecil ini melalui proses kelahiran yang tragis.

"Kami mendengar suara semasa menggali, membersihkan habuk dan menemui bayi dengan tali pusat. Jadi kami memotongnya dan sepupu saya membawanya ke hospital,” katanya yang merupakan sepupu kepada bapa Aya dan telah berkahwin dengan kakak lelaki itu.

Baca juga: Kasih ayah ke hujung nyawa, pegang tangan anak gadis tidak bernyawa, bapa Turkiye ini meruntun hati

[caption id="attachment_105988" width="800"] Video seorang lelaki dari runtuhan bangunan empat tingkat yang runtuh sambil memegang bayi kecil. - Kredit foto: Media sosial[/caption]

Aya selamat dibawa ke hospital di Afrin, wilayah Aleppo.

Rakaman media sosial menunjukkan seorang lelaki berlari dari runtuhan bangunan lima tingkat membawa bayi kecil yang terhimpit habuk itu.

Lelaki kedua berlari ke arahnya sambil membawa selimut untuk memanaskan bayi baru lahir itu dalam suhu rendah beku manakala seorang lagi menjerit meminta bantuan kenderaan tular di laman sosial.

Dr Hani berkata Aya tiba di hospital dalam keadaan teruk, dengan lebam dan luka seluruh badan di samping hipotermia susulan kesejukan yang teruk.

Baca juga: Tenangkan adik tersepit bawah runtuhan gempa bumi, kakak sanggup jadi hamba, ini kronologi kisah sebenar

Baca juga: Doa warganet iringi wira negara, SMART Malaysia tiba di Turkiye, bantu cari dan menyelamat mangsa gempa

"Kami terpaksa memanaskan tubuhnya dan memberikan kalsium,' kata Dr Hani.

Beberapa gambar menunjukkan Aya sihat dan masih berada di dalam inkubator dikongsikan.

Aya adalah salah satu daripada berjuta-juta kanak-kanak yang terjejas oleh dua gempa bumi dahsyat yang melanda selatan Turki dan barat laut Syria.

Angka kematian semakin meningkat setiap jam, kini mangsa terkorban lebih 20,000 orang. Ia dijangkakan PBB akan terus meningkat apabila harapan untuk menemui mangsa yang terselamat semakin malap.

Hospital, rumah, kedai dan juga seluruh kawasan kejiranan musnah dalam beberapa saat oleh gempa bumi berukuran 7.8 magnitud pertama, dengan pusat gempa di Gaziantep, Turki.

Baca juga: Gempa bumi Turkiye, Syria 7.8 magnitud setara kekuatan 32 bom atom, doktor Malaysia kongsi pengalaman

[caption id="attachment_106261" width="800"] Bangunan runtuh dilihat melalui tingkap rumah yang rosak berikutan gempa bumi dahsyat di bandar Jinderis, wilayah Aleppo, Syria. (Kredit foto: AP)[/caption]

Gegaran itu diikuti dengan gegaran susulan yang hampir sama besar dirasai melalui negara jiran dengan hampir 650 lagi gegaran dilaporkan selepas itu.

Bencana alam itu antara yang paling kuat dan maut dalam sejarah telah menyebabkan ribuan kehilangan tempat tinggal selepas rumah mereka runtuh.

Betapa dahsyat kemusnahan dan kehilangan jiwa, gempa bumi dengan kekuatan 7.8 magnitud itu dikatakan adalah sekuat 32 bom nuklear yang dijatuhkan di Hiroshima.

Baca juga:Lari turun asrama 5 tingkat sehelai sepinggang, pelajar Malaysia kongsi pengalaman gempa di Turkiye masih trauma

Sumber: Metro UK

Ringankan beban mangsa gempa bumi di sana dengan menghulurkan bantuan menerusi Tabung #BantuanBencana Sinar Karangkraf x SyriaCare.

Anda boleh menyalurkan bantuan melalui akaun 5642-7652-9068 (Maybank) atas nama Sinar Karangkraf atau hubungi menghubungi talian sekretariat di 019-2133315.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.