Petua sayur campur cantik berkilat macam kat kedai, mesti buat ni sebelum goreng

Iklan
petua sayur campur berkilat (1)

Petua sayur campur cantik berkilat macam kat kedai, mesti buat ni sebelum goreng

SAYUR campur salah satu menu mudah namun sangat menyelerakan terutamanya bagi peminat sayur-sayuran.

Iklan
Iklan

Selalunya di bufet hotel-hotel atau kedai-kedai makan Cina, menu sayur campur di sana nampak sedap dan rangup, tak jemu dimakan.

Rupanya ada cara untuk mendapatkan sayur campur yang nampak segar, tidak layu dan cantik berkilat. Mudah sangat!

Iklan

Anda boleh menggunakan tip daripada peniaga Siti Khodijah yang berkongsi tip ibu mentuanya.

Baca juga: Petua stok cili boh tahan berbulan tak berkulat, masukkan bahan ini masa rebus & blender

Iklan

[caption id="attachment_115600" width="800"] Hendak hasil berkilat cantik, jangan lupa ikut petua ini ya! (Kredit foto: Freepik)[/caption]

Baca juga: Petua telur rebus mudah dikupas tambah dua bahan ini, baru elok licin berkilat

6 sayur tinggi khasiat

Tubuh badan manusia amat memerlukan nutrien-nutrien penting seperti protein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral, serat dan air untuk terus kekal sihat.

Berikut adalah enam jenis sayur-sayuran dikelaskan sebagai superfood.

1-Cendawan

Cendawan tinggi dengan protein, kalsium, zat besi, vitamin B dan D. Oleh itu ia sangat bagus untuk otot dan tulang.

Baca juga: Patutlah cendawan shiitake ini popular, mahal. Rupa-rupanya penuh dengan khasiat tersembunyi

2-Bayam

Bayam merupakan sumber mangan dan pelbagai jenis vitamin seperti A, B dan K.

Satu mangkuk sayur ini dengan berat 30 gram dipercayai mampu memenuhi lebih separuh keperluan vitamin di atas.

Bukan itu sahaja, ia juga dikatakan sangat bagus untuk ibu hamil ekoran kandungan folat tinggi yang menyokong pertumbuhan dan perkembangan janin.

Baca juga: 7 makanan pencair kahak anak, mak-mak pastikan ada di rumah

[caption id="attachment_115599" width="800"] Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)[/caption]

3-Brokoli

Brokoli merupakan salah satu jenis sayur yang penuh khasiat dalam bentuk vitamin A, C dan folat. Justeru, ia sangat bagus untuk kesihatan mata, kulit, tulang, sistem saraf dan ibu mengandung.

4-Kailan

Anda jangan tidak tahu, kailan adalah sayur yang digelar paling sihat di dunia! Ini kerana kailan bukan sahaja kaya dengan vitamin dan mineral, sifat antioksidan berupa lutein dan betakarotena di dalamnya mampu melindungi sel daripada radikal bebas.

Ia membantu mengurangkan risiko masalah keradangan dan penyakit kronik seperti diabetes, kanser dan lain-lain.

5-Kubis

Kubis merupakan sayur yang paling popular di dunia. Rasanya yang pahit adalah ekoran daripada tinggi zat glukosinolat yang mampu membantu mencegah kanser.

Baca juga: Harga sayur naik mendadak, boleh cuba 15 jenis sayuran kampung ini

6-Pak choy

Pak choy atau lebih popular dengan nama sawi putih kaya dengan vitamin K, zat besi, kalsium dan fosforus yang kesemuanya bagus untuk tulang yang sihat.

Ia juga kaya dengan selenium berbanding sayuran lain. Selenium mampu meningkatkan daya tahan tubuh badan dan mengurangkan risiko kanser.

KUKUS LEBIH BAIK

Untuk pengetahuan semua, cara terbaik masak sayur adalah dengan mengukus, tetapi jangan terlalu lama.

Dengan mengukus, vitamin yang ada dalam sayuran tidak larut dalam air. Selain itu, ia juga tidak merosakkan rasa asli dan nutrisi sayuran itu.

Untuk menumis, masukkan sayur apabila minyak sudah panas dan angkat sebaik sayur nampak layu.

Baca juga: Sedapnya makan panas-panas! Ini resipi mi hailam kuah pekat banjir, mudah & sedap

Sumber: Siti Khodijah, Hello Doktor

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi!