Tragis! Gara-gara cinta tanpa restu, gadis dipenggal abang, kepala dibawa ke balai polis

Iklan
Tragis! Gara-gara cinta tanpa restu, gadis dipenggal abang, kepala dibawa ke balai polis (1)

HANYA kerana melarikan diri dan cinta tanpa restu keluarga, hayat seorang wanita berakhir dengan tragis di tangan abang kandung sendiri.

Ia adalah perbuatan yang terlalu kejam kerana mangsa yang berusia 18 tahun hanya baru menyuarakan hasratnya.

Iklan
Iklan

Segalanya bermula apabila Aashifa, gadis dari Barabanki, Uttar Pradesh, telah melarikan diri dengan teman lelakinya, Chand Babu.

[caption id="attachment_120610" width="800"] Gambar hiasan (Kredit foto: Pexels)[/caption]

Iklan

Hubungan dua anak muda ini yang berasal dari kampung yang sama iaitu Mithwara ini mendapat tentangan hebat daripada keluarga.

Wanita muda itu ingin mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihan tetapi bapa, Abdul Rashid dan abangnya, Riyaz tidak bersetuju menentang.

Iklan

Pada 29 Mei, si bapa telah membuat aduan kepada polis terhadap teman lelaki anaknya di bawah pertuduhan menculik wanita untuk berkahwin.

Baca juga: Syak main kayu tiga, kepala isteri dipenggal suami, dibawa ke balai polis

[caption id="attachment_120609" width="800"] Kredit gambar: Twitter[/caption]

Lelaki itu kemudiannya ditangkap dan telah dipenjara manakala dan Aashifa pula pulang ke rumah yang didiami abang dan bapanya.

Pada 20 Julai lalu, apabila Aashifa menjelaskan kepada keluarga bahawa dia ingin berkahwin dengan Chand Babu.

Saat itu, Riyaz, 22, yang tidak menyukai pilihan adiknya mula bertindak ganas dan meragut nyawa wanita itu menggunakan senjata tajam.

Menyifatkan ia sebagai pembunuhan untuk menyelamatkan maruah keluarga daripada rasa malu, emosinya gagal dikawal hingga bertindak memenggal kepala Aashifa.

Lebih mengerikan, lelaki itu bertindak membawa kepala yang terputus di dalam beg menuju ke balai polis.

Baca juga: Gara-gara kahwin tanpa restu, hayat wanita diragut adik, ibu kandung sendiri

[caption id="attachment_120612" width="800"] Kredit foto : Freepik[/caption]

Aksi Riyaz bergerak ke arah balai polis Fatehpur sambil membawa sebuah beg yang berlumuran darah telah dirakam orang ramai dan menjadi tular.

Media tempatan India melaporkan pembunuhan kejam Aashifa telah mencetuskan kemarahan di seluruh negara itu.

Penguasa Polis Barabanki, Ashutosh Mishra berkata siasatan mendapati Riyaz bertindak dalam keadaan marah mengambil senjata tajam dan memenggal kepala adiknya sebelum memasukkan kepala yang putus di dalam guni dan pergi ke balai polis.

Selepas dikesan membawa mayat Aashifa, Riyaz dilaporkan kepada polis oleh orang ramai. Dia kemudian dipintas dan ditangkap.

Bedah siasat dan proses mengumpul bukti dari tempat kejadian dijalankan.

Baca juga: Masih bawah umur, kakak tidak sengaja tikam adik bebas dengan jaminan, berikut kronologi sebenar kejadian

Sumber: Daily Mail, Economic Times

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTubeTiktok SinarPlus & Threads @sinarplus@threads.net. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang