Comel & sopan! Hijarbie, Barbie versi bertudung lebih stailo

Iklan
Comel & sopan! Hijarbie, Barbie versi bertudung lebih stailo (1)

DEMAM Barbie di mana-mana. Semuanya bermula selepas ledakan fenomena filem Barbie lakonan Margot Robbie dan Ryan Gosling yang meraih kutipan RM1.2 bilion pada hari pertama tayangan.

Besar pengaruh anak patung fesyen itu. Lebih enam dekad di pasaran, ia dilaporkan terjual lebih satu bilion.

Iklan
Iklan

Selain Barbie, ada juga anak patung muslimah yang dinamakan Hijarbie.

Iklan

Artis wanita dari Nigeria, Haneefah Adam adalah individu di sebalik akaun Instagram anak patung itu.

Iklan

Baca juga: Gaya 'Barbie' selebriti lokal dan antarabangsa dalam busana merah jambu curi tumpuan

Enam tahun berlalu, Hijarbie kembali dengan koleksi terbaru. Akaun Instagram patung tersebut menyiarkan gambar anak patung serba merah jambu gula dan berhijab.

Hijarbie yang mempunyai 61,000 pengikut di laman sosial dengan lebih 200 foto disiarkan.

Haneefah telah mencipta lebih 70 pakaian yang meraikan fesyen dan budaya Muslim dan pelbagai anak patung yang bertemakan muslimah.

Baca juga: Hotel pink dengan tema Barbie & Hello Kitty. Ini senarai destinasi yang boleh dikunjungi

[caption id="attachment_121539" width="800"] Haneefah Adam bersama rekaannya.[/caption]

Tidak ketinggalan pelbagai patung yang diinspirasikan daripada ikon wanita Muslim yang berjaya di seluruh dunia.

[caption id="attachment_121538" width="800"] Patung Manal Rostom, hijabi pertama yang dipaparkan dalam kempen Nike antarabangsa. Beliau juga wanita Mesir pertama yang menawan Gunung Everest[/caption]

[caption id="attachment_121537" width="800"] Patung inspirasi perintis pembikin filem Muslim profesional Amerika Syarikat, Samah Safi Bayazid.[/caption]

[caption id="attachment_121536" width="800"] Patung inspirasi daripada Ilhan Omar.[/caption]

Baru-baru ini, Haneefah membuat penampilan semula selepas berehat panjang bagi memberi tumpuan terhadap keluarganya.

Selain menerima komen positif, wanita berkenaan mengakui pernah memperoleh reaksi negatif antaranya menggesa untuk menanggalkan hijab tetapi hanya segelintir berkata demikian.

Baca juga: 'Untung Daddy pereka Fesyen'. Sambut birthday Anak perempuan yang  ke-2, Rizman Reka khas baju tema barbie

Comel ya patung-patung Hijarbie ini! Tinjauan SinarPlus mendapati ia dijual pada harga $100 hingga $150 pound sterling (kira-kira RM583.87 hingga RM875.80)

 

Setiap patung difahamkan adalah buatan tangan dan eksklusif. Manakala warna dan tekstur fabrik juga variasi d bergantung kepada bahan yang digunakan.

Baca juga: Obsesi sejak kecil, sanggup ubah penampilan diri persis anak patung Barbie

Sumber: The Guardian, Instagram hijarbie

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTubeTiktok SinarPlus & Threads @sinarplus@threads.net. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang