'Ibu akan beri kamu biskut sayang.' Anak maut dalam serangan, wanita Palestin peluk pengikat rambut runtun hati warga maya

Iklan
'Ibu akan beri kamu biskut sayang.' Anak maut dalam serangan, wanita Palestin peluk pengikat rambut runtun hati warga maya

SERANGAN penjajah Israel ke atas Gaza, Palestin bertali arus mengorbankan banyak nyawa. Paling menyedihkan ramai kanak-kanak menjadi mangsa.

Dalam sebuah video yang tular di laman sosial TRT World, seorang ibu muda meratapi pembunuhan anak perempuannya dalam serangan udara di sana.

Iklan
Iklan

Kanak-kanak perempuan yang tidak dapat dipastikan usianya dibaluti kain putih dipercayai telah meninggal dunia. Tubuhnya dirangkul bapa.

Lelaki itu sesekali mengucup pipi si kecil yang tidak lagi bernyawa.

Iklan

Baca juga: Emoji tembikai banjiri media sosial, 6 fakta sinonim Palestin

[caption id="attachment_128792" width="800"] Kredit foto: Tangkap layar TRT World[/caption]

Iklan

 

Ketika itu, seseorang telah melucutkan pengikat rambut pada rambut kanak-kanak berkenaan dan menyerahkan kepada si ibu.

Baca juga: Kiblat pertama umat Islam, ini antara sebab kenapa Palestin begitu penting bagi umat Islam

[caption id="attachment_128788" width="800"] Kredit foto: Tangkap layar TRT World[/caption]

 

Jenazah si kecil dibawa pergi. Lelaki berkenaan yang turut sugul dan sebak memeluk wanita berkenaan dan berlalu.

Baca juga: RM135,000, 7 minit terakhir, Hamba ALLAH pembida jam Rolex Dr Zulkifli sebak. 'Derma kurnia Raja Arab Saudi, milik saya, demi Palestin'

[caption id="attachment_128789" width="800"] Kredit foto: Tangkap layar TRT World[/caption]

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan secara purata Israel meragut 160 nyawa kanak-kanak Palestin setiap hari.

Sayu dan sangat memilukan, perkongsian berkenaan meruntun hati warga maya. Ujar mereka:

-"Hati kami berkecai Ya ALLAH melihat ini. Selamatkan saudara kami di Palestin daripada serangan penjajah."

-"Sebagai seorang ibu, saya tidak dapat membayangkan kesakitan ini. Tiada ibu patut melaluinya."

-"Ya ALLAH adikku, tenanglah. Anakmu bersama bidadari di jannah dan akan membawa kamu sekeluarga ke jannatul firdaus insya-ALLAH."

-"Ini amat mengerikan. Nyawa yang tidak berdosa banyak terkorban. Ini bukan peperangan tetapi pembunuhan beramai-ramai."

-"Semasa memeluk anak setiap malam, hati saya berdarah mengenangkan ibu dan kanak-kanak yang kehilangan orang yang mereka sayang di sana."

Pegawai WHO, Christian Lindmeier pada taklimat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva berkata Semenanjung Gaza berada di bawah pengeboman hebat sejak kumpulan Palestin Hamas melancarkan serangan mengejut terhadap Israel pada 7 Oktober.

Sekurang-kurangnya 10,328 rakyat Palestin, termasuk 4,237 kanak-kanak dan 2,719 wanita, terbunuh sejak itu.

"Gaza menjadi tanah perkuburan untuk kanak-kanak, kerana ratusan kanak-kanak perempuan dan lelaki terbunuh atau cedera setiap hari," kata Ketua PBB, Antonio Guterres.

Menurut agensi PBB untuk Palestin, UNRWA, dalam tempoh sebulan, 70 peratus penduduk Gaza kehilangan tempat tinggal.

"Ini datang dengan ketakutan berterusan dan keadaan hidup yang tidak berperikemanusiaan untuk hampir 1.5 juta orang.

"Tempat perlindungan UNRWA adalah empat kali ganda kapasiti penuh mereka. Orang awam sedang dikenakan pemindahan paksa dan hukuman kolektif," menurut UNRWA dalam satu kenyataan.

Baca juga: ';Sebahagian hasil ini kita derma ke Palestin' Aeril Zafrel jual Lamborghini.

Sumber: TRT World, Berita Harian

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!