SEBUT saja bandar terkaya di dunia, sudah pasti terbayang beberapa negara maju yang menduduki carta teratas dengan jumlah kemewahan yang memang luar biasa.
Selalunya, negara berkuasa besar yang memiliki pegangan ekonomi kuat seperti Amerika Syarikat dan China telah mendominasi senarai negara paling ramai hartawan.
Lapor Henley Global, kriteria bandar yang diistilahkan sebagai The Top 10 Wealthiest Cities itu sebenarnya bergantung kepada bilangan penduduk yang berstatus jutawan.
Semakin ramai jumlah orang yang memiliki harta melebihi jutaan ringgit, semakin tinggi ranking yang dicapai sesebuah negara.
Taraf jutawan atau individu yang memiliki kedudukan tertinggi dalam piramid ekonomi negara itu juga merujuk kepada mereka yang mempunyai pelaburan bernilai lebih RM4.68 juta.
Wow! Bukan kaleng-kaleng pendapatan yang dicapai rakyat di negara itu. Padanlah, negara yang disebut-sebut memang makan modal besar kalau nak bercuti di sana.
Jom kita semak 10 negara yang memiliki bandar yang menunjukkan pengembangan ekonomi yang kukuh sepanjang tempoh 10 tahun ini.
1. Bandaraya New York
- Dikatakan memiliki lebih 340,000 jutawan dan 58 billionaires.
- Terdapat lima daerah iaitu Bronx, Brooklyn, Manhattan, Queens dan Staten Island yang kaya raya.
- Kediaman paling esklusif di dunia termasuk pangsapuri 5th Avenue di Manhattan yang berharga RM126,441 setiap meter persegi. Fuh! Mahal nau.
2. Tokyo
- Bandar raya terkenal di Jepun itu mempunyai 290,300 jutawan dan 14 billionaires.
- Majoriti syarikat besar tertumpu di sana seperti Honda, Mitsubishi, Sony dan banyak lagi.
Baca juga 5 bandar paling tinggi kos sara hidup, anggaran gaji RM1,930 hingga RM6,890 untuk survive tiap bulan
3. The Bay Area
- Bandar yang cukup terkenal kerana menjadi pangkalan utama syarikat teknologi dunia seperti Apple, Facebook, Google, HP, Intel, LinkedIn, OpenAI, Yahoo dan banyak lagi.
- Ini kerana wilayah The Bay Area meliputi bandar San Francisco dan Silicon Valley yang mana menjadi penduduk berstatus jutawan berjumlah lebih 340,000 orang.
4. London
- Pada tahun 2000, London pernah dinobatkan sebagai bandar raya yang memiliki jutawan paling ramai di dunia, namun kini kedudukan sudah tergelincir sedikit turun ke tangga keempat.
- Setakat ini, London mempunyai 36 billionaires dan lebih 285,000 jutawan.
Baca juga Bandar miliki kembar paling ramai di dunia, saintis syak makanan wanita jadi punca
5. Singapura
- Negara jiran kita pun tak kurang hebatnya apabila direkodkan mempunyai seramai 27 billionaires dan lebih 240,100 jutawan setakat ini.
- Merujuk laporan Henley Wealth Migration Dashboard, lokasi tumpuan pelaburan dunia itu menjadi bandar mesra perniagaan dan antara destinasi pilihan paling top untuk penghijrahan para jutawan. Tak sangka betul!
6. Los Angeles
- Los Angeles yang terletak di Amerika Syarikat itu menjadi ‘rumah’ untuk 42 billionaires dan lebih 205,400 jutawan.
- Ekonomi di sana lebih tertumpu dengan sektor hiburan, media, hartanah, teknologi, jualan dan pengangkutan.
7. Hong Kong
- Antara bandar besar yang semakin membangun dengan rekod 32 billionaires dan lebih 129,500 jutawan.
- Hong Kong juga menjadi hub kewangan paling teratas dan kini masih memegang title the world’s most important stock exchanges.
8. Beijing
- Selain terkenal sebagai destinasi percutian dan pusat membeli-belah murah, Beijing juga memiliki 43 billionaires dan lebih 129,000 jutawan.
- Kehebatan Beijing boleh dikatakan sama level dengan kemampuan bandar New York dan The Bay Area.
Baca juga Tiada satu pun kereta di tujuh bandar ini, padanlah cantik, tersusun dan bebas pencemaran udara
9. Shanghai
-Satu lagi bandar di China yang menerima jolokan sebagai ibu negara kewangan dengan rekod 40 billionaires dan 127,533 jutawan.
- Bursa Saham Shanghai merupakan pasaran saham ketiga terbesar di dunia.
10. Sydney
- Setakat ini, rekod seramai 15 billionaires dan lebih 127,00 jutawan yang menetap di sana.
- Memiliki bandar kediaman paling mewah dan ekslusif seperti Bellevue Hill, Darling Point, Mosman, Point Piper dan Vaucluse.
- Sydney juga dijangka akan menembusi carta lima bandar terkaya di dunia menjelang 2040.
Memang hebat-hebat semuanya. Moga kejayaan negara yang disenaraikan di atas menjadi sumber inspirasi buat kita semua untuk lebih maju lagi.
Tak mustahil, satu hari nanti Malaysia tersenarai sebagai The Top 10 Wealthiest Cities di dunia. Kita sama-sama doakan.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang