SERONOK betul tengok famili penyanyi legenda Datuk Jamal Abdillah dan isteri, Datin Zai Izzati Khairuddin yang meriah dengan cahaya mata.
Jamal yang merupakan usahawan penternakan secara komersial sejak 2023 sering berkongsi telatah lima cahaya mata kecilnya menerusi laman sosial.
Dalam hantaran terbaharu di TikTok, penyanyi lagu Azura dan Kekasih Awal dan Akhir itu sempat menegur salah empat anaknya yang dikatakan bermain di kawasan ladang ternakan lembunya di Bukit Merah, Kerian, Perak.
"Duduk sana, jangan bangun. Kena tanduk dengan lembu baru tahu," tuturnya.
Artikel berkaitan:
- 'Ya, saya memang anak mak.' Zaki Yamani selesa diuruskan ibu, enggan dibayangi ayah sendiri
- "Kecam macam mana pun saya masih steady...' Datuk Jamal Abdillah percaya anak ramai rezeki dan amanah dari ALLAH
- Usia 66 tahun, Jamal Abdillah sambut anak ketujuh. Tahniah!
- Bersalin czer anak kelima, isteri Jamal Abdillah dedah ikat peranakan. 'Kami berdua tidak rela tapi...'
- Bapa penyayang, Jamal Abdillah sebak menyanyi bersama anak. 'Real Azura depan mata'
Tidak lama selepas ditegur, salah seorang daripada mereka menangis dipercayai terkejut dengan teguran bapa.
"Dah kena marah. Main lagi tempat lembu minum.
"Sekali sekali daddy dia marah diam terus," titipnya.
Lebih comel, reaksi si kecil Rahil Laura yang menepuk belakang abangnya untuk menenangkan.
Warganet yang terhibur dengan gelagat anak-beranak itu sempat memuji kecomelan anak Jamal.
Tidak kurang yang tertarik dengan suara Jamal tetap merdu biarpun sedang menegur anak-anaknya.
"10 kali ulang tengok tak puas, cute betul anak-anak Datuk Jamal."
"Jamal Abdillah tengah marah anak pun suara dia sedap."
"Anak artis pun sama mcm anak kita. Ini Datuk Jamal marah sedap lagi suaranya. Kalau kita, macam petir membelah bumi."
Sekadar info, Jamal, 66, dan isteri Datin Zai Izzati Khairuddin mendirikan rumah tangga pada 1 April 2017.
Mereka dikurniakan lima anak iaitu Nur Azura Yamani, 6, El Isaac Yamani, 5, Iskandar Rayyan Yamani, 3, dan Rahil Laura Salsabila Yamani, 2, dan Magdalena Yamani yang baharu dilahirkan 7 Januari lalu.
Penyanyi itu juga memiliki dua anak lelaki daripada perkahwinan terdahulu iaitu Osama Yamani, 23, dan Ahmad Zaki Yamani, 19.
Sumber: TikTok