Bella Astillah hadkan anak jumpa Syed Saddiq -'Manja sangat, jumpa nak angkat' 

Iklan

KEAKRABAN anak-anak Bella Astillah dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman diakui ramai apabila mereka kelihatan selesa dan mesra setiap kali bersama dalam pelbagai majlis serta aktiviti santai.

Baru-baru ini, Bella, 31, meluahkan ingin mengurangkan pertemuan anaknya, Ara Adreanna, 5, dengan Syed Saddiq kerana si kecil itu terlalu manja dan ingin didukung.

Iklan
Iklan

“Kita pun memang kena kurangkan untuk berjumpa dengan YB Syed Saddiq.

“Sebab dia (Ara) kalau jumpa YB je mesti minta nak peluk. Nak angkat-angkat orang penat, manja sangat,” kata Bella menerusi sebuah video ketika berada di Perancis, baru-baru ini.

Iklan

Pun begitu, Syed Saddiq menyatakan tidak kisah langsung untuk terus melayan kerenah dua cahaya mata penyanyi popular tersebut.

Iklan

Artikel berkaitan:

“Kenapa perlu kurangkan, salah ke?" ujar Syed Saddiq.

Warganet mengakui anak kecil itu merindui sosok seorang bapa sambil mengusik pasangan itu.

"Anak perempuan memang waktu kecil akan rapat dengan ayah. Mungkin sudah anggap YB itu ayahnya."

"Dari sini kita nampak betapa ikhlas Syed Saddiq dengan anak Bella. Budak tidak menipu. Kalau rasa selesa dengan seseorang, mereka tidak segan untuk bermanja."

"Comel Ara, dia sudah mula selesa sama YB. Dia peluk tanda dia percaya."

"Mommy cemburu ke tu?"

Terdahulu, penyanyi dan anak-anak itu dilihat turut hadir memberikan sokongan Syed Saddiq menyertai cabaran Ironman World Championship di Nice, Perancis.

Sekadar info, hubungan antara Syed Saddiq dan Bella Astillah sedang hangat diperkatakan. Terdahulu, lelaki itu pernah muncul dalam video klip lagu nyanyian Bella berjudul Tapi Bukan Denganmu sebelum sama-sama terlibat dalam banyak rangka promosi sebagai duta produk, termasuk berlakon dan hos live.

Syed Saddiq baru-baru ini mendedahkan mempunyai perancangan untuk berumah tangga, namun menyimpan kemas pelan berkenaan kerana mahu memiliki ruang sendiri dalam hal yang bersifat peribadi.

Sumber: TikTok