SEEKOR kucing jantan di Oregon, Amerika Syarikat adalah kucing tertua di dunia.
Ia hanya disedari tuannya apabila menyedari kucing dinamakan Samm dua tahun lebih tua daripada kucing yang diiktiraf sebagai kucing tertua hidup di dunia ketika itu.
Baca juga: Ular tedung masuk rumah, 5 kucing jadi hero, kepung hingga anggota penyelamat sampai
Pemiliknya, Charly Briggs berkata rakan-rakannya mencadangkan dia menghubungi Guinness World Records untuk melihat sama ada kucingnya, Samm, mungkin kucing tertua hidup di dunia pada usia 26 tahun.
Briggs mendapat dorongan daripada rakan-rakan untuk mendapatkan pengiktirafan buat Samm.
"Saya berkongsi hal ini kepada rakan-rakan saya di media sosial seperti. Mereka menyokong saya dan Samm boleh melakukannya dan kami boleh menang.
Baca juga: Pecah rekod dunia, lelaki Australia berjaya ‘planking’ 9 jam 30 minit
Mengimbau sejarah kehadiran Samm di dalam hidupnya, spesies feline itu ditemui Briggs tersesat.
Samm kemudian dipelihara Briggs di Memphis, Tennessee pada tahun 2002.
Kini pada usia 26 tahun, doktor haiwan mengesahkan Samm dalam keadaan sihat.
Briggs berkata dia sedang dalam proses menyerahkan bukti yang sewajarnya kepada Guinness World Records supaya Samm diiktiraf secara rasmi.
Terdahulu, Guinness menyenaraikan kucing tertua dinamakan Creme Puff sebagai kucing tertua. Crème Puff tinggal di Texas dan hidup hingga 38 tahun.
Baca juga: [VIDEO]'Pintarnya si Oyen'- Kucing buka kunci jendela raih perhatian, 6.6 juta tontonan
Ikuti kami di Instagram!
Sumber: United Press International