Anak  juara rentas desa TKC ke peringkat negeri, Dr Sheikh Muszaphar turun beri sokongan. 'Daddy doakan yang terbaik'

No Image Caption
A
A
A

ANAK Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie Sheikh Mustapha terus cemerlang dalam acara merentas desa apabila muncul juara di peringkat Kolej Tunku Kurshiah (TKC) dan tempat ketiga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah (MSSD). 

Bakal beraksi di Majlis Sukan Sekolah Negeri Sembilan (MSSNS) di Palong, Dr Sheikh Muszaphar sanggup turun padang memberi sokongan penuh.

Sophea Natasha, 13, yang mesra disapa Tasha terdahulu membuktikan kemampuan apabila menamatkan saingan di tempat pertama peringkat sekolah dan ketiga di MSSD Negeri Sembilan. 

Cabaran seterusnya di MSSNS yang berlangsung di Palong menjadi medan baharu untuk terus menguji ketahanan dan kepantasan.

No Image Caption

"MSSD merentas desa NS. Tasha did well in merentas desa dan flying fox. Memang laju.

"Merentas desa di TKC tempat pertama manakala di manakala MSSD tempat ketiga. Esok akan beraksi di MSSNS di Palong.

"Saya tidak pernah ke sana, perjalanan kira-kira dua jam dari Kuala Lumpur. Saya perlu cari homestay lagi," titipnya.

Semangat kesukanan menebal, bekas pakar ortopedik itu memberikan sokongan buat Tasha.

Artikel Berkaitan:

"Daddy doakan yang terbaik, lari dengan pantas dan buatkan TKC bangga," kongsinya.

Tasha tidak asing dalam arena sukan. Dia merupakan salah seorang peserta Program Pembangunan Sukan Bakat Olimpik 2025/2026 dalam sukan renang.

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang