'Kematian yang menghidupkan...' Amin Idris imamkan jenazah bapa, terharu dengar kisah sedekah rahsia arwah
TAKZIAH buat pengacara Amin Idris yang kehilangan bapa tersayang, Datuk Idris Abdullah pada Selasa.
Tidak hanya mengimamkan solat jenazah di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, Amin juga memberi baktinya menguruskan pengebumian Allahyarham di Tanah Perkuburan Bukit Kiara, Kuala Lumpur.
Dalam suasana sayu dan pilu, pengacara berusia 44 tahun itu kelihatan sebak namun kekal tenang.
Menerusi temu ramah bersama pemberita Al-Hijrah berkongsi ayahanda tersayang banyak melakukan kebajikan secara rahsia tanpa pengetahuan orang ramai termasuk ahli keluarganya.

Amalan bersedekah yang dilakukan Allahyarham seperti membantu orang dalam perniagaan dan insan memerlukan demi kelangsungan hidup hanya terdedah selepas menghembuskan nafas yang terakhir.
"Ramai yang datang jumpa saya. Mereka kata ayah sayalah yang bantu dia untuk start up business. Ayah sayalah yang bantu untuk dia pergi interview kerja.
"Ayah saya juga yang bantu dia untuk memulakan kerjaya dan ayah saya juga banyak bersedekah kepada mereka dalam meneruskan kehidupan. Saya tak tahu.
"Tapi rupanya itulah amalan yang dia tak pernah cerita kepada orang. Tapi ia dikenang walaupun dia sudah meninggal dunia. Ini saya namakan sebagai kematian yang hidup," kata Amin
Biarpun ibu bapanya bercerai, Amin mendedahkan Allahyarham tidak lupa tanggungjawab dalam membesarkan permata hati sebaik mungkin.

"Ayah saya ini dia berpisah dengan emak sejak kecil lagi. Tetapi satu contoh yang boleh tunjuk kepada masyarakat, walaupun dah berpisah dia tak putus menghantar nafkah. Menghantar duit kepada saya, adik-beradik dan juga emak untuk belajar serta meneruskan kehidupan," kongsinya.
Malah sosok bapa juga menjadi inspirasi buat Amin dalam membina kerjaya. Biarpun sudah bersara dan uzur, bapanya tidak ketinggalan mencari rezeki sehingga ke akhir hayat.
"Ayah saya mula sakit sudah empat tahun. Cuma ia agak serius bermula hari raya pertama. Jadi sejak raya pertama itu saya tak putuslah sentiasa ziarah, jaga dia.
"Pada masa saya ada program tetapi saya tak akan putus jumpa dia.
"Ayah seorang yang luar biasa. Walaupun dia dah tak boleh bergerak, tak boleh bercakap dan mata dia dah hampir tutup, tetap bekerja dengan bantuan iPad, serta bantuan teknologi nak sebut (bercakap).
"Itulah contoh antara yang saya takkan lupa. Bekerja sampai ke titisan darah dan hembusan nafas hingga akhir," tuturnya.
Amin yang mewarisi darah kacukan India dan Iban dari sebelah bapa serta Siam, Cina dan Filipina daripada ibunya terdahulu berkongsi luahan pilu dan titipan doa menerusi Insta Story.

"I love you dad. May Allah grant you jannah. Semoga Allah menggandakan pahala kalian, mengurniakan kalian kesabaran dan mengampuni si mati.
"Sesungguhnya apa yang diberi dan apa yang diambil daripada kita adalah milik-NYA semata. Setiap yang hidup pasti akan sampai masa kematiannya. Semoga kalian dikurniakan kesabaran. Semoga kalian dikurniakan pahala yang berlipat ganda.
"Semoga ALLAH berikan pahala diatas musibah yang telah menimpa kalian dan gantikan bagi kalian perkara yang lebih baik daripada musibah tersebut.

"Ya ALLAH, ampunilah dia, rahmatilah dia, angkatlah darjatnya dan tempatkan dia di kalangan orang-orang yang tinggi," tulisnya.
Difahamkan, Allahyarham Idris merupakan salah seorang pengarah di DRB Hicom dan terdahulu bersara atas faktor kesihatan.
Allahyarham juga pernah menjadi Ahli Lembaga Pengarah Bank Pembangunan Malaysia Berhad dari tahun 2010 hingga 2014.
Sumber: Instagram Berita AlHijrah, 2, Business Today
Tonton melalui video full :
Youtube : https://www.youtube.com/live/2JWVXmtlwco?si=E245SUTHt3UqzjZQ
Facebook : https://www.facebook.com/share/v/LqtE235W9uL7WeEp/?mibextid=wwXIfr
#BorakBibirMerah#BBMEpisod4#ErraFazira#AinEdruce#AminIdris#Fizzfairuz
#thenewyou #HiburanEksklusif #ProgramTVPopular #CeritaInspirasi #PasanganViral #ProgramBualBicara #TrendingMalaysia #ContentViral #SinarPlus #LifestyleSinarHarian" />
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

