‘The power of TokTi!’ - Dari 5km jadi 8km, kisah Lutfi buat netizen bersemangat sahut cabaran sihat

No Image Caption
A
A
A

SEORANG pemuda menyahut cabaran Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza untuk jogging sejauh 8 kilometer (km) menjadi tular di Threads.

Pemuda dikenali yang merupakan pemilik akaun @lutfillehadi terdahulu memuat naik untaian di laman sosial itu memaklumkan  dia akan berjoging sejauh 5km jika Siti membalas hantaran tersebut.

"Kalau @ctdk reply post ni esok pagi aku joging 5km pukul 5.30 pagi sambil buat video background song Kesilapanku Keegoanmu," kongsinya.

Bagaimanapun, hantaran itu telah mendapat responds daripada Siti Nurhaliza.

Penyanyi Menamakanmu Cinta itu tidak hanya memberi reaksi, malah turut menambah jarak sejauh 3km daripada jarak asal.

"Up sikit 8km, tunjuk video okay. 5.30 pagi tau! Bukan 5.30 petang," titipnya.

No Image Caption

Baharu tersedar, cabaran tersebut disahut namun Lutfi berseloroh menyuarakan kebimbangan susulan jarak yang bertambah.

"Ya Tuhan aku baru perasan Tokti suruh up 8km. Tapi tak mengapa, aku akan sahut walaupun masuk ofis muka pucat nantiii!," titipnya.

Artikel Berkaitan:

Lutfi kemudian mengemas kini vlog lariannya yang bermula tepat pada jam 5.30 pagi itu. 

"TokTi suruh lari 8km, badan saya hanya boleh berlari 5km sahaja," kongsinya.

Kilometer demi kilometer, Lutfi meneruskan larian dan sempat berhenti untuk solat Subuh seketika sebelum meneruskannya sehingga selesai.

Memuat naik vlog dengan latar lagu Kesilapanku Keegoanmu seperti dijanjikan, lelaki itu kemudian memaklumkan tetap bekerja pada hari tersebut.

"Dengan kaki 'jeli' aku gagahkan masuk office. Sekarang nak pergi cari kopi Americano tanpa gula," titipnya.

No Image Caption

Di penghujung untaian, Lutfi mengucapkan terima kasih kepada pengguna laman sosial Threads yang memberi sokongan kepadanya.

"Terima kasih warga Threads atas sokongan. Terima kasih Datuk Seri Siti Nurhaliza  sebab push saya lari pagi ni. 

"Ayuhlah kita jadi sihat sama-sama. Dan jomlah kita berkawan. Saya ni nampak jer handsome tetapi saya tidak sombong," kongsinya lucu.

Hantarannya itu menerima pelbagai komen daripada warganet yang rata-rata memberi semangat buat Lutfi.

Tidak kurang yang turut terhibur dengan interaksi tersebut.

"Park. Tak sabar nak tengok video jogging Kesilapanku Keegoanmu." 

"Masaklah kau abang, TokTi minta 8km bersama bukti."

"@ctdk Terima kasih TokTi seronok kalau TokTi reply, end up semua orang buat positive things in life. Terima kasih kerana menjadi influencer yang memberi manfaat."

"Wow dia buat betul-betul. Tahniah bro! Jadi contoh buat zoners yang lain untuk amalkan gaya hidup sihat dan aktif."  

"The power of Tokti. Cabaran sihat abang. Tahniah dapat 8km."

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang