'Jangan fikir keburukan pasangan' - Ibu Syed Saddiq kongsi rahsia rumah tangga kekal bahagia selepas 43 tahun

No Image Caption
A
A
A

IBU kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman iaitu Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz sering menjadi inspirasi ramai.

Bukan sahaja mengenai didikan anak, tetapi soal kerukunan rumah tangganya bersama suami tercinta, Syed Abdul Rahman Syed Abdullah Alsagoff yang sudah menjangkau lebih empat dekad.

Bakal menyambut ulang tahun perkahwinan beberapa hari lagi, bekas guru Bahasa Inggeris itu mendedahkan rahsia rumah tangga kekal bahagia sampai ke usia emas.

No Image Caption

Menerusi temu ramah bersama stesen radio Era FM, Sharifah Mahani yang sentiasa murah dengan senyuman berkongsi bahawa kebahagiaan tidak datang dengan sendiri sebaliknya perlu dipupuk melalui kesabaran dan tolak ansur.

"Untuk kekalkan kebahagiaan, kita kena compromise. Kita kena orang kata bertolak ansur dalam sesuatu.

"Katakanlah suami jadi moody atas tekanan kerja dia, atau kerana kesihata secara tiba-tiba, jadi kita (isteri) kena cuba memahami, jangan menambahkan kekeruhan," kongsinya.

Wanita yang masih anggun meniti usia 60-an itu juga berpesan agar setiap pasangan tidak terlalu cepat menghukum ketika berdepan konflik, sebaliknya memilih untuk melihat sisi baik insan yang dikasihi agar rasa hormat sentiasa mekar dalam rumah tangga.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

"Jadi kita sikap sayang-menyayangi. Bila (pasangan) tengah marah tu, kita jangan fikirkan tentang sikap yang buruk semata-mata, nanti akan timbul rasa benci.

"Kita kena fikirkan sikap kebaikan. Takkanlah suami kita tak ada sikit kebaikan? Kita fikir kebaikan barulah timbul rasa sayang.

Dalam masa yang sama, ibu kepada empat cahaya mata yang mesra disapa sebagai mama itu berkata, perjalanan membina sebuah keluarga sememangnya tidak mudah, namun setiap dugaan boleh ditempuhi jika suami isteri saling menyokong dan tidak mudah berputus asa.

"Tapi yang penting sekali ialah bertolak ansur antara satu sama lain, kebahagiaan itu akan terjalin. Kita orang dah berumah tangga selama 43 tahun, ya sayang ya?

"Insya-ALLAH. Tapi banyak cabaran, banyak dugaan terutama dalam membesarkan anak-anak, semua sekali. Tapi kita ingat bahawa perjalanan hidup kita di dunia ni hanya sementara.

"Kita buat yang terbaik supaya bila kita duduk satu masa, kita akan kenang semua kenangan yang manis bersama," kongsinya.

Sekadar info, perkahwinan Sharifah Mahani dan Syed Abdullah dikurniakan empat orang anak termasuk Syed Saddiq dan personaliti media sosial, Space Dollah.

Sumber: Instagram

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang