Mewah & kontemporari, Runway Batik 2026 angkat keindahan seni tekstil tradisional Terengganu

No Image Caption
A
A
A

RUNWAY Batik 2026 telah berlangsung dengan penuh warna warni dan meriah dengan hasil rekaan dan koleksi batik Terengganu sempena Terengganu Showcase 2026.

Bertempat di Medan Mara, Kuala Lumpur, pertunjukan kali ini menghidangkan keunikan warisan batik yang diterjemahkan melalui rekaan kreatif dan penuh inspirasi oleh pereka serta pengusaha batik tempatan.

Sembilan jenama terkenal iaitu Noor Arfa Batik, Gee Batik, Bukhori Batik, Ruzima, Ain Shaaidy, Batik Pak Rashid, Seem Noor Batik, Comel Collection dan Casalwa mewarnai pentas dengan rekaan terkini sekali gus memukau hadirin.

No Image Caption

Dalam usaha memartabatkan batik sebagai identiti bangsa, setiap usahawan yang terdiri daripada pengusaha batik, penjual batik dan pembuat produk kraf batik (jahitan kreatif) menampilkan keunikan tersendiri.

Noor Arfa yang telah 46 tahun bertapak dalam industri menggegarkan pentas dengan koleksi terbaharu baju kurung dan kemeja Qasrina yang dimodenkan dengan cetakan digital serta kain sarung velvet yang kini menjadi pilihan penjawat awam.

Ia kemudian diikuti Gee Batik yang memaparkan batik clay bunga kenanga. Istimewanya, 11 tahun dalam industri Gee Batik atau ringkasnya GBC menerima pengiktirafan dari Malaysia Good Design Award bagi rekaan batik clay.

No Image Caption

Bukhori Patik selepas itu menyusul pentas peragaan dengan rekaan unik dan kaya dengan identiti Terengganu.

Artikel Berkaitan:

Ruzima Batik memaparkan helaian yang menampilkan elemen segar Juweeta Gold Line. Gabungan corak abstrak dan floral yang elegan direka khas untuk wanita moden yang mengutamakan keselesaan. Sesuai digayakan sebagai daily wear, setiap helaian memberikan penampilan anggun, eksklusif dan versatil.

Sementara itu, Ain Shaaidy pula mengetengahkan koleksi aksesori pejabat. Tote bag, clutch, kisslock bag dan tali penyandang direka praktikal tanpa mengorbankan nilai estetika.

Batik Pak Rashid pula menampilkan pakaian siap atau ready to wear termasuk kemeja lelaki dan wanita yang dipersembahkan dengan keindahan abstrak serta bunga-bungaan yang mewakili motif tempatan.

No Image Caption

Seem Noor Batek pula memaparkan koleksi batik kontemporari. Menghiasi pentas dengan tema biru, keaslian batik terengganu dipersembahkan Kurung Orked, cardigan blazer, kemeja lelaki dan perempuan.

Peragawan dan peragawati kemudian rekaan daripada Comel Collection yang terdiri daripada baju kurung dan kemeja batik. Dengan pengalaman selama 15 tahun, para penonton dihidangkan dengan kehalusan batik Terengganu asli menerusi kain kapas satin.

No Image Caption

Langkah berjaya diteruskan dengan jenama batik terkenal, Casalwa yang mengangkat tema Warisan Dalam Sentuhan Moden. 

Casalwa rai warisan batik moden, suntik karisma busana korporat

Casalwa bukan sekadar memperkenalkan koleksi batik, tetapi menampilkan sebuah identiti yang menggabungkan warisan dan gaya hidup moden.

Pada Runway Batik, jenama yang boleh didapati di Hextar Empire City, Petaling Jaya dan bakal muncul dengan pop-up store di Isetan Kuala Lumpur serta Parkson IOI City, Putrajaya itu menampilkan keunikan motif yang menawan.

Datin Sharifah Salwa (kanan sekali) bersama tetamu kehormat di reruai Casalwa
Datin Sharifah Salwa (kanan sekali) bersama tetamu kehormat di reruai Casalwa

Bagi koleksi lelaki, motif batik direka dengan garisan yang tersusun secara tegak dan simetri, melambangkan kekuatan, kestabilan dan kepimpinan.

Antaranya ialah kemeja batik lengan panjang dan pendek Elen menambahkan ketampanan. Menggunakan fabrik satin kapas, setiap helaian menampilkan motif bunga kontemporari, motif batik bunga dengan rona-rona menarik seperti coklat dan kuning keemasan. Terdapat dua pilihan leher iaitu kolar Mandarin dan biasa. Biarpun berbeza, kedua-duanya menampilkan intepretasi pakaian korporat tersendiri.

Bagi koleksi wanita pula, motif yang sama diolah dengan garisan secara diagonal dan lebih organik, menggambarkan kelembutan, keanggunan dan kebebasan, selari dengan karakter wanita moden yang elegan.

Segar dan menampilkan ciri feminin  serta sofistikated. Antara yang diperaga ialah Evora, Elara, Evelisse, Evelyn, Estell dan Ektara memenuhi cita rasa busana korporat.

Suasana bertambah meriah apabila reruai Casalwa  dihangatkan dengan kejutan.

Pengasas dan Pengarah Urusan Casalwa Holding Sdn Bhd, Datin Sharifah Salwa Syed Shafi bersama tetamu kehormat bersama Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Suriani Datuk Ahmad dengan diiringi barisan tetamu kehormat, Pengarah Mara Negeri Terengganu, Mohd Farris Radzuan dan Pengarah Bahagian Infrastruktur Komersial Mara, Mimi Mazlin Mohamad Yusof menyaksikan koleksi Evelyn dan Elen diilancarkan.

Sekadar info, Terengganu Showcase 2026 anjuran Mara Negeri Terengganu dengan kerjasama kerajaan Terengganu melalui Yayasan Pembangunan Usahawan dan Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu ini mempromosi perniagaan kraf dan tekstil, makanan tradisi Terengganu dan pelbagai lagi produk hasilan usahawan negeri Terengganu.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang