‘Saya cuma nak berdakwah, tunjukkan aku jalan’ – Doa Muhammad Mikhael terjawab, terima Tokoh Saudara Baru Cemerlang Anugerah Maulidur Rasul

Foto: Bernama
Foto: Bernama
A
A
A

TENTU ramai masih ingat tentang pemuda yang memeluk Islam, Muhammad Mikhael Sathayah, yang sentiasa mendapat sokongan tidak berbelah bahagi daripada ibunda tercinta.

Dalam perkembangan terkini, pempengaruh dari Perak itu terpilih sebagai penerima Anugerah Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 1448H/2026M bagi kategori Tokoh Saudara Baru Cemerlang.

Mikhael menerima pengiktirafan itu dalam majlis yang berlangsung di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia.

Influencer yang pernah memiliki lebih 621,000 pengikut menerusi akaun TikTok Muka Gangster meluahkan rasa syukur dan tidak menyangka menerima pengiktirafan tersebut daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

"Masya-ALLAH, saya rasa macam mimpi. Baharu dapat Tokoh Saudara Baru Cemerlang. Semua sebab kasih sayang emak dan isteri. 

"Cerita sebenarnya, dalam sebulan lepas, saya memang serabut. Kan kita manusia biasa, sekejap up dan sekejap rasa down. Down itu saya tidak tahu kenapa. 

Artikel berkaitan:

"Kita akan kemurungan dan merasakan seperti macam tak ada jalan, tak tahu nak buat apa. 

Artikel Berkaitan:

Foto: Bernama
Foto: Bernama

"Ya ALLAH, aku tak tahu nak buat apa. Aku cuma nak berdakwah, ya ALLAH. Tunjukkan aku jalan. Tunjukkan aku jalan. (Itu doa saya) jam 3 pagi pada beberapa yang lepas.

"Pada  pagi keesokannya saya menerima teks WhatsApp dari Jabatan Pendidikan JAKIM. Encik dipilih jadi tokoh katanya. 

"Ketika itu saya berdua dalam kereta. Masya-ALLAH, hebatnya kuasa ALLAH. DIA boleh bagi dan terus memberi," kongsinya.

Terdahulu, SinarPlus pernah berkongsi kisah penghijrahan Mikhael yang sering membawa ibunya ke mana sahaja. 

Biarpun berlainan agama ketika itu, dia menerima kasih sayang dan sokongan tidak berbelah bahagi daripada wanita itu sejak hari pertama beliau memeluk Islam pada tahun 2018.

Malah kasih Mikhael terhadap ibunya begitu mendalam hingga sanggup membeli rumah bersebelahan kediaman ratu hatinya semata-mata untuk tetap dekat.

Meskipun berlainan agama ketika itu, M Muniamah tidak pernah jemu memberikan sokongan, malah menghadiahkan kelengkapan solat buat Muhammad Mikhael dan sanggup menunggu di luar masjid setiap kali anaknya menunaikan solat berjemaah.

Muniamah, 76, yang sering disapa 'Mak Titew' akhirnya mengikuti jejak langkah Mikhael pada November 2025 dengan melafazkan kalimah syahadah selepas tujuh tahun lelaki itu memeluk agama Islam.

Sumber: TikTok

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang