Alamanda Putrajaya semarak Hari Malaysia menerusi Adiwarna Runway, tampilkan rekaan 22 pereka tempatan

No Image Caption
A
A
A

SEMANGAT patriotisme dan pesona gaya bersatu di Centre Court pusat membeli-belah Alamanda Putrajaya dengan menyaksikan penganjuran julung kali pertunjukan fesyen Adiwarna Runway. 

Selama empat hari dari 10 hingga 13 September 2026, pentas peragaan di Alamanda menyaksikan ledakan kreatif  pereka THELABEL, Ariff Atelier, Arlina Ayou, Bill Keith, CARRO, CASALWA, EL by Ellie Lim, HERA, Justin Yap Atelier, NANALYANA, Outdwell, SITI KHADIJAH, Variante, Yani Bakhtiar, Yuleza dan Zayana Yazed Creation. 

No Image Caption

Kolaboratif Alamanda bersama Malaysian Official Designers Association (MODA) dimulakan dengan persembahan khas oleh 22 pereka yang mempamerkan rekaan memukau bespoke daripada cetakan fabrik eksklusif berasaskan rona warna bunga raya iaitu bunga kebangsaan Malaysia. 

No Image Caption

Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Francis Tan menyifatkan acara tersebut sebagai detik penting buat Alamanda. 

"Adiwarna Runway bukan sekadar pertunjukan fesyen, ia merupakan aspirasi daripada identiti Malaysia yang dibawakan khas dari nadi kota Putrajaya. 

"Dianjurkan sempena Hari Malaysia, para pereka memanfaatkan satu corak fabrik bertemakan bunga kebangsaan. 

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

"Ia juga detik bersejarah buat Alamanda. Sejak pembangunan semula, kami  berusaha  untuk mengubah pusat beli-belah ini agar ia bukan sekadar destinasi membeli-belah.  

“Ia kini menjadi tumpuan komuniti dan pentas bakat tempatan. Adiwarna Runway adalah sebahagian daripada perjalanan ini dan kami bangga dapat membawakannya buat julung kali di sini," kongsi Francis. 

No Image Caption

Sementara itu, Pengurus Perhubungan Awam & Komunikasi Suria KLCC Sdn Bhd, Sherina Khairi berkata Adiwarna Runway bertujuan untuk membawa platform fesyen berskala nasional ke Putrajaya.  

"Penganjuran ini bertujuan menyediakan pengalaman membeli-belah yang lebih meriah. Dalam meraikan semangat nasional,  kita turut memperkasa ekonomi kreatif negara dengan mengetengahkan bakat pereka fesyen tempatan kepada komuniti Putrajaya. 

No Image Caption

"Setiap pereka membawa interpretasi gabungan budaya, fesyen kontemporari dan busana santun. Kami mengetengahkan pakaian yang sopan," katanya. 

Tambah Sherina, penganjuran Adiwarna Runway adalah selaras dengan penambahbaikan dan wajah baharu Alamanda sebagai destinasi gaya hidup dinamik. 

No Image Caption

"Sebagai pusat tumpuan utama di Putrajaya dengan sekitar 12 juta pengunjung setahun, Alamanda menghubungkan pereka tempatan secara langsung kepada demografi unik yang merangkumi penjawat awam, individu berkeluarga, pelancong dan komuniti sekeliling. Jadi, kehadiran Adiwarna Runway Bazar turut membolehkan jenama tempatan menjana jualan terus di luar pasaran butik biasa mereka. 

"Acara ini juga mentransformasikan ruang Centre Court dengan menjadi daya penarik penuh bertenaga kepada komuniti Putrajaya, pengunjung dari sekitar seperti Kajang, Serdang dan Seri Kembangan ke sini selain melakukan kebiasaan mereka membeli-belah serta menjamu selera. 

No Image Caption

Artikel penuh:

"Kolaboratif kami bersama MODA  membuktikan komitmen Alamanda dalam menyediakan pentas komersial yang bermakna bagi pereka tempatan menjangkau pengunjung pelbagai latar belakang dan memperluaskan jenama mereka," tuturnya. 

Ingin mengubah persepsi orang ramai terhadap Alamanda sebagai pusat beli-belah 'kerajaan', Sherina berharap acara berkenaan akan membuka peluang kepada penganjuran lain pada masa akan datang di samping menjadi platform mengetengahkan produk buatan tempatan.  

No Image Caption

Malah, beliau tidak menolak untuk meletakkan acara itu dalam kalendar tahunan Alamanda. 

"Penganjuran sulung ini merupakan pemulaan kepada hala tuju baru Alamanda selepas diberi nafas baharu.

 

No Image Caption

"Kami sentiasa terbuka dengan apa juga idea untuk memastikan ia memberikan pengalaman yang lebih menarik kepada pengunjung dan komuniti," kongsinya. 

Adiwarna Runway turut mempamerkan keunikan seperti Family Fashion Show yang memberi peluang  ibu atau bapa catwalk bersama cahaya mata.  

Acara selama empat hari itu turut menyaksikan persembahan bertenaga penyanyi terkenal seperti Datuk Syafinaz, Danial Chuer, Bungaisme, Yazmin Aziz dan Ernie Zakri

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang