Cuaca panas, badan melekit? Ginvera World Spa tampil gel mandian dua dalam satu, bantu kulit lebih lembut dan licin
CUACA panas dan kering yang melanda Malaysia sejak kebelakangan ini pastinya membuatkan waktu mandi menjadi antara detik yang paling dinanti-nantikan.
Selepas seharian berdepan bahang, peluh, kelembapan dan kesibukan kerja, mandi bukan sekadar rutin membersihkan diri, malah boleh menjadi ruang untuk tubuh dan minda berehat seketika.
Menyedari perkara itu, jenama kecantikan tempatan, Ginvera, memperkenalkan produk terbaharunya, Ginvera World Spa Micro-Exfoliate Therapy Shower yang menggabungkan fungsi membersih dan mengelupas kulit dalam satu langkah.
Produk berkenaan diperkenalkan sempena sambutan 40 tahun Ginvera di Malaysia menerusi kerjasama bersama Guardian Malaysia di 1 Utama Shopping Centre, baru-baru ini.
Pelancaran produk berkenaan turut melengkapkan rangkaian Ginvera World Spa Shower Scrub yang sedia ada.
Bagi mereka yang gemar menyental tubuh ketika mandi, selain Shower Scrub, Micro-Exfoliate Therapy Shower menawarkan tekstur gel yang lebih halus untuk kegunaan harian.

Kedua-dua produk itu membawa pendekatan sama menerusi tiga langkah utama Ginvera World Spa iaitu Clean, Exfoliate dan Glow.
Menurut Pengarah Pemasaran dan E-dagang Ginvera Malaysia, Saki Goh, proses pengelupasan sememangnya menjadi antara fokus utama Ginvera World Spa sejak sekian lama.
“Micro-Exfoliate Therapy Shower baharu hadir sebagai produk dua dalam satu yang mewah, sekali gus memudahkan rutin penjagaan badan harian dan menjadikan waktu mandi lebih menyeronokkan, terutama selepas seharian berdepan cuaca panas, lembap dan kesibukan aktiviti.
“Sempena Ginvera meraikan 40 tahun di Malaysia, inovasi ini membuktikan bagaimana kami terus membina kepakaran yang dimiliki, berkembang seiring keperluan pengguna serta mencipta pengalaman baharu yang relevan untuk generasi akan datang,” katanya.
Lima minit ‘reset’ diri

Dalam masa sama, pelancaran produk baharu itu turut memperkenalkan RESET Movement di Malaysia yang membawa tema It’s Time to Reset.
Kempen berkenaan mengajak rakyat Malaysia menjadikan rutin mandi sebagai satu momen penjagaan diri yang lebih bermakna.
Gerakan RESET itu akan diteruskan menerusi penglibatan pengguna, kandungan digital dan aktivasi sempena musim perayaan sehingga awal 2027.
Pada majlis pelancaran berkenaan, media, pencipta kandungan dan pengunjung berpeluang merasai empat pengalaman RESET iaitu Reset Your Senses, Reset with Nature, Reset Your Skin dan Make Your RESET Pledge.
Pengalaman itu merangkumi aktiviti penemuan haruman, minyak pati, percubaan produk serta ikrar peribadi sebagai sebahagian daripada mesej utama kempen berkenaan.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
