'Terima kasih Mak, 15 tahun saya diterima' – Norman Hakim sebak kenang kasih arwah ibu mentua, syukur miliki Memey



PELAKON dan pengacara terkenal, Norman Hakim berkongsi berita duka apabila ibu mentuanya, Norlela Abdul Rahman meninggal dunia pada jam 2.49 pagi Selasa lalu.
Dalam perkongsian di Instagram, Norman atau nama penuhnya Mohamed Nurhakim Zaidon mendedahkan peribadi mulia ibu mentuanya dan menzahirkan penghargaan kerana menerima dirinya kehadirannya dalam kelyuarga
"Dari lubuk hati yang paling dalam, terima kasih mak, atas pinjaman kasih sayang mak sepanjang 15 tahun saya diterima sebagai sebahagian daripada keluarga ini.
"Mak adalah ibu yang begitu agung, membesarkan enam orang anak dengan limpahan kasih sayang, akhlak yang indah dan pegangan akidah yang kuat, semuanya dengan izin ALLAH SWT.
"Salah seorang bidadari mak ALLAH ‘pinjamkan’ kepada saya sebagai isteri; insan yang menyambut saya dengan penuh kasih sayang dan setia menemani perjalanan hidup ini. Insya-ALLAH akan saya bimbing dan pimpin sebaiknya, agar kita semua dapat bertemu kembali di negeri yang kekal dalam rahmat dan reda ALLAH," kongsinya.
Pada masa sama, Norman turut menitipkan doa agar segala urusan arwah di alam barzakh dipermudahkan serta ditempatkan dalam kalangan hamba Allah yang beriman dan beramal soleh.
Dalam pada itu, Norman turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang membantu menguruskan jenazah ibu mentuanya serta hadir memberikan penghormatan terakhir.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
