KEMBAR Siam adalah anomali yang jarang, kira-kira hanya satu daripada setiap 50,000 kelahiran. Namun yang lebih ‘rare’ ialah dicephalus dipus dibrachius iaitu satu dalam 100,000!

Pasangan kembar Abigail Loraine Hensel dan Brittany Lee Hensel atau lebih dikenali sebagai Abby serta Brittany, 34, mengalami keadaan kembar Siam sangat jarang dikenali sebagai dicephalus dipus dibrachius.

Lantaran keunikan mereka, kedua-duanya pernah muncul di dalam rancangan realiti televisyen pada tahun 2012.

Biarpun mengalami fizikal yang agak ‘rare’, jodoh mempertemukan Abby dan suaminya, Josh Bowling, 33, hingga kedua-duanya berkahwin pada 2021.

Baca juga: Kembar Siam cantum kepala berkongsi otak, berjaya dipisahkan, dibedah 27 jam

Baca juga: Hospital Tunku Azizah berjaya pisahkan kembar Siam pramatang pertama di Malaysia

Baca juga: Bayi kembar Siam Pakistan berjaya dipisahkan. Ada dermawan berhati mulia biayai kos pembedahan

Tidak muncul di laman sosial sejak setahun itu, pasangan kembar itu tampil mengumumkan perkahwinan Abby.

Memuat naik foto Bowling di TikTok, Abby dan Britanny mengesahkan khabar angin.

“Jika anda tidak suka apa yang saya lakukan, tetapi lihat semuanya, anda sebenarnya peminat. Kami sentiasa ada,” titipnya.

Turut dimuat naik gambar perkahwinan Abby di mana Brittany juga turut berkongsi gaun yang sama.

Dilahirkan pada tahun 1990, pasangan kembar itu mempunyai dua kepala, sebelah tangan setiap seorang, memiliki dua jantung, dua hempedu, dua perut dan tiga buah pinggang.

Baca juga: 315 helai lampin, 15kg susu seminggu, ibu cerita cabaran anak kembar 9, paling ramai di dunia

Baca juga: Luar biasa! Wanita Afrika Selatan lahir kembar 10, hasil scan mendapati kembar lapan

Baca juga: Kisah derita kembar siam Yousuf dan Yassin yang kepalanya bercantum. Sedih, ibunya masih tak dapat peluk mereka

Bagaimanapun, mereka dilahirkan berkongsi hati, organ-organ pada bahagian pinggang ke bawah dikongsi Abby dan Brittany termasuk usus besar dan kecil, pelvis, pundi kencing dan organ reproduktif.

Menerusi satu dokumentari yang difilemkan ketika mereka masih remaja, ibu, Patty Hensel berkata anak kembarnya itu berminat untuk memiliki anak sendiri .

“Itu tidak mustahil kerana kerana organ-organ itu berfungsi untuk mereka,’ kata Patty yang merupakan bekas jururawat.

Sementara itu, dalam temu bual lain, Brittany mengulangi keinginan mereka untuk mempunyai keluarga sendiri.

Baca juga: Paling subur, wanita miliki 44 anak pada usia 36 tahun berhenti hamil

Baca juga: Sepupu persis kembar seiras, kongsi DNA sama, 2 pemuda dedah fenomena unik jarang jumpa

“Seluruh dunia tidak perlu tahu siapa, apa dan bagaimana kami akan melakukannya. Tetapi percayalah, kami adalah orang yang berbeza,’ katanya.

Iklan

Dilahirkan pada tahun 7 Mac 1990, Abby dan Brittany tidak seperti bayi dicephalus dipus dibrachius yang lazimnya meninggal dunia sejurus selepas dilahirkan.

Graduan Bethel University, Minnesota, Amerika Syarikat itu kini bertugas sebagai guru matematik sekolah menengah.

Menerusi portal PubMed, dicephalus dipus dibrachius adalah bentuk kembar siam yang sangat jarang berlaku di mana bayi mempunyai dua tangan, dua kaki, berkongsi tubuh tetapi memiliki dua kepala.

Bayi kembar ini selalunya lahir mati atau mati sejurus selepas dilahirkan. Namun kes kembar Siam Abby dan Britanny sangat jarang berlaku.

Mungkin ramai beranggapan Brittany akan tertarik kepada Bowling namun hakikatnya pasangan kembar Siam tidak mengalami keinginan seksual sama.

Kembar siam Lupita dan Carmen Andrare, 23, dilahirkan di Mexico tetapi tinggal di Connecticut, AS, mempunyai ciri fizikal yang sama dengan Abby dan Brittany.

Walaupun Carmen mempunyai teman lelaki bernama Daniel, Lupita adalah tidak tertarik secara seksual kepada orang lain.

Iklan
Lupita dan Carmen Andrare

Kini hanya ada sepasang kembar yang hidup di dunia dengan keadaan Abby dan Brittany iaitu Ayşe dan Sema Tanrıkulu yang dilahirkan di Turki pada tahun 2000.

Ayşe dan Sema Tanrıkulu

Kembar siam terkenal Chang dan Eng Bunker dari Thailand, hanya bercantum dengan sedikit hati dan kulit.

Pasangan kembar Bunker berkahwin secara berasingan. Berdasarkan fakta, Chang dilaporkan mempunyai sepuluh anak manakala Eng pula memiliki 12 cahaya mata.

Sumber: Daily Mail 1 2National Library of Medicine

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!